Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 31, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentObjektif Konsert Aina Abdul Imaji Tour Tercapai! Terbukti Peminat ‘Makan, Mandi &...

    Objektif Konsert Aina Abdul Imaji Tour Tercapai! Terbukti Peminat ‘Makan, Mandi & Tidur’ Dengan Album IMAJI

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Aina AbdulAina Abdul

    Tidak lebih, tidak kurang, tetapi cukup rasa! Itulah ungkapan paling tepat bagi menggambarkan kejayaan Konsert Aina Abdul Imaji Tour yang berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

    20 buah lagu

    Aina AbdulAina Abdul

    Kredibiliti dimiliki pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani, 30, terbukti jelas apabila seramai 1,500 penonton yang hadir ‘hanyut’ dalam persembahan memukau dipamerkan.

    Anak kelahiran Johor itu mengakui konsert jelajah yang diadakan di tiga buah lokasi tidak mudah sepanjang karier.

    Konsert yang dibahagikan kepada tiga segmen itu turut memperlihatkan pemenang vokal terbaik tiga kali berturut-turut di AJL menggayakan tiga busana rekaan pereka fesyen terkenal tanah air.

    Segmen pertama, Aina menggayakan baju rekaan Melinda Looi, manakala segmen kedua dan ketiga rekaan Ezuwan Ismail serta Wan & Mary.

    Penonton energetic

    Aina AbdulAina Abdul

    Membuka tirai konsert, Aina menyampaikan lagu rancak dalam album sulungnya, IMAJI yang berjudul Imaji.

    Ternyata, penonton tidak mampu duduk diam apabila lagu Imaji dinyanyikan, lantas mereka terus berdiri dan menari. Memang ‘energetic’ betul!

    Selain Imaji, segmen pertama turut menyaksikan bekas peserta Mentor Legend itu menyampaikan lagu Kejam, Satu Rasa, Gentayangan, Jadi Ajar Aku dan Semalam.

    Paling best, lagu Semalam dinyanyikan dalam posisi melutut di hadapan peminat kesayangan Aina yang digelar sebagai Aination.

    Sokongan peminat

    Aina AbdulAina Abdul

    Dalam selingan, Aina berkongsi mengenai perasaan berdepan dengan cakap nakal netizen terhadapnya, namun meluahkan rasa syukur kerana sokongan peminat yang berterusan.

    Saya sangat terharu dengan sokongan anda. Ini adalah album pertama saya. Zaman sekarang susah nak buat album tetapi sebagai ‘singer songwriter’ saya perlu ada album sendiri.

    Di sebalik kecaman dan kata-kata yang saya dengar, saya juga manusia biasa yang dengar kata-kata sumbang namun bersyukur dengan sokongan peminat.

    Saya buat jelajah ini kerana mahu anda makan, mandi dan tidur dengan lagu dalam album saya.

    Bawa si bulus

    Aina AbdulAina Abdul

    Sebelum memasuki segmen kedua, Aina memberi kejutan dengan membawa dua ekor kucing peliharaannya, Susu dan Hero untuk bertemu peminat setianya.

    ALSO READ:  “Nama Saya Malaysia…”- Unik! Pelancong Wanita Asal Amerika Syarikat Diberi Nama Malaysia Oleh Ibu Bapanya

    Pada segmen kedua, Aina menyampaikan lagu Bukan Untukku, Sedia Terluka dan Ini Bukan Cinta secara medley.

    Kemudian diikuti dengan lagu Penat Jiwa, Kunci, Menua dan Cinta Tak Pernah Tepat Waktu.

    Menariknya, ketika lagu Cinta Tak Pernah Tepat Waktu yang merupakan lagu duet bersama Fabio Asher, Aina meminta penonton menyanyikan bahagian penyanyi asal Indonesia itu. Seluruh ruang dewan bergema!

    Rehat konsert solo

    Aina AbdulAina Abdul

    Sebelum memasuki segmen ketiga, Aina sempat membuat pengumuman bakal berehat daripada menganjurkan sebarang konsert solo pada 2025 bagi memberi ruang kepada dirinya mencuba perkara baharu dalam bidang muzik.

    Tuturnya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa perancangan lain yang sudah diatur bersama syarikat pengurusannya, Aina Abdul Entertainment.

    Saya bakal berehat daripada mengadakan konsert solo buat sementara waktu. Saya yakin keputusan dibuat ini sangat penting untuk diri saya.

    Ini kerana, saya mahu melakukan beberapa perkara lain dan apa yang pasti saya tidak akan ke mana-mana pun.

    Saya berharap tahun 2025 adalah waktu terbaik untuk saya menggembara dengan muzik saya selain berkolaborasi dengan ramai penyanyi di luar sana.

    Saya ada banyak senarai artis yang saya teringin nak bekerjasama di dalam mahu pun luar negara. Kalau saya sebut nanti sudah tiada kejutan.

    ‘We want more’

    Aina AbdulAina Abdul

    Konsert diteruskan dengan segmen ketiga menyaksikan juara AJL 37 itu menyampaikan lagu Puas Sudah, Bilang, Sesal, Kamu dan Terus Hidup.

    Tidak terasa dua jam 30 minit masa berlalu , konsert akhirnya sampai ke penghujung. Namun, penonton menjerit sekuat hati ‘we want more’.

    Lantas, Aina memberi kejutan dengan muncul di antara ribuan penonton di bawah pentas menyampaikan dua lagu yang cukup ikonik iaitu Sepi dan Jangan Mati Rasa Itu. Sekali gus menyaksikan Aina menyampaikan 20 buah lagu sepanjang konsert berlangsung.

    ALSO READ:  Peniaga Sumbat Kemal*an Isteri Dengan Botol Air Panas Sampai M*ti, Jual Soto Guna Daging Isteri & Bagi Pelanggan Makan Secara Percuma

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts