Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment#OBWrapped24: 11 Kes Mahkamah Yang Mencuri Tumpuan! PU Azman, Vivy Yusof &...

    #OBWrapped24: 11 Kes Mahkamah Yang Mencuri Tumpuan! PU Azman, Vivy Yusof & Along Cham Antara Nama ‘Panas’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Tahun 2024 nampaknya penuh dengan drama dan kejutan, bukan sahaja dalam dunia hiburan, tetapi juga di kalangan usahawan terkemuka. Beberapa nama besar yang selalu menjadi perhatian media kini terpaksa berhadapan dengan kes-kes mahkamah yang cukup mencuri tumpuan.

    Dari isu perundangan yang melibatkan kontrak, hak cipta, hingga dakwaan yang lebih serius, kes-kes ini bukan sahaja menggoncang dunia mereka, tetapi turut memberi impak kepada imej dan karier masing-masing.

    Dalam artikel ini, ingin kongsikan 10 selebriti dan usahawan yang terlibat dalam kes mahkamah sepanjang 2024.

    PU Azman

    Pendakwah selebriti, PU Azman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen pada 17 Disember yang lalu, atas empat pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki bawah umur, dua tahun lalu.

    Menerusi laporan Harian Metro, Hakim, Datuk Surita Budin turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan selama dua tahun dan pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman.

    Difahamkan, mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas Azman Syah mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan pada prosiding sebutan semula kes, hari ini.

    Terdahulu, Surita memaklumkan dia membuat keputusan itu dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk kepentingan awam melebihi faktor kepentingan tertuduh sendiri.

    Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan amang seksual fizikal terhadap dua mangsa lelaki berusia 16 dan 17 tahun. Perbuatan itu dilakukan di rumah di Nilai antara 8.30 malam hingga 5 pagi pada 5 Februari 2022 dan 6 Julai 2022.

    Ujar peguam, Mohamad Zahid Ahmad dalam rayuannya berkata, pengakuan anak guamnya menjimatkan masa semua pihak dan tidak perlu lagi menyambung perbicaraan.

    Jelasnya, tertuduh, seorang duda memohon ampun dan maaf atas kesalahan dilakukan serta mengaku sudah insaf selain tiada kesalahan lain dan tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan di mahkamah sebelum ini.

    Da’i Syed

    Selepas 21 hari berada dalam penjara menjalani hukuman atas pertuduhan merogol seorang wanita, Da’i Syed dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi pada 20 September lalu.

    Hakim Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da’i Syed selaku pemohon untuk menggantung pelaksanaan hukuman sehingga rayuannya di didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi.

    Pada 30 Ogos lalu, Syed sebagai tertuduh ketika itu, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah pertuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

    Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

    Mengikut pertuduhan Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika kejadian) di dalam bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, di sini pukul 1.35 pagi pada 11 September 2019.

    Along Cham

    Polis mengesahkan selebriti lelaki tempatan yang ditahan kerana disyaki memiliki ganja di sebuah rumah di Cyberjaya adalah pelawak Along Cham.

    Memetik laporan Kosmo, Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, akan di bawa ke Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting mendapatkan perintah tahanan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

    Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman.

    Terdahulu, media melaporkan seorang selebriti berusia 41 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.

    ALSO READ:  Isteri Along Cham ‘Anxiety’, Terus Kuat Demi Anak-Anak – ‘Isteri Mana Yang Boleh Tengok Suami Dia Jatuh’

    Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

    Penyanyi dikir barat

    Seorang penyanyi wanita tersohor menjadi antara enam individu ditahan polis Thailand dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat.

    Memetik laporan Kosmo, kesemua suspek termasuk tiga wanita berusia antara 25 hingga 34 tahun ditahan bersama ribuan pil kuda di sebuah bilik hotel selepas mereka selesai berhibur di pusat hiburan bahagian bawah hotel berkenaan.

    Difahamkan, mereka ditahan dalam satu serbuan yang dibuat sekitar jam 5 pagi ketika mereka sedang berehat di dalam bilik.

    Hasil pemeriksaan di dalam bilik tersebut pihak polis Thailand menemukan kira-kira 6,000 biji pil dipercayai pil kuda.

    Pihak berkuasa Thailand kemudian telah menahan dan membawa kesemua rakyat Malaysia tersebut ke Balai Polis Sungai Golok.

    Sementara itu, pengesahan mengenai penahanan rakyat Malaysia dalam serbuan tersebut belum dapat disahkan sementara masih menantikan pengesahan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Ruhainies & Aliff Aziz

    Terdahulu, Aliff dan Ruhainies dilihat berada di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 20 Jun lalu berkemungkinan berikutan kes khalwat yang berlaku 9 Mac lalu.

    Menurut sumber, Aliff dan Ruhainies juga telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.

    Pada prosiding 3 Julai, Aliff dan Ruhainies kemudiannya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz pada 3 Julai lalu.

    Aliff dan Ruhainies didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dihukum denda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

    Sebelumnya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies telah selesai.

    Mohd Ajib berkata kertas siasatan tersebut telah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut.

    Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

    Shuib

    Syarikat perniagaan milik pelawak, Shuib dikenakan tindakan denda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam berikutan tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lalu.

    Memetik laporan Harian Metro, Shuib menyifatkan tindakan denda tersebut sebagai ujian dalam bidang perniagaan. Menurut Shuib, dia sudah bersedia untuk memperbaiki mana yang kurang dalam perniagaan yang diusahakan.

    Pihak syarikat juga sudah mengaku salah dan membayar denda dikenakan. Inilah adat orang berniaga. Saya kena bersedia menghadapi apa saja ujian yang datang dalam perniagaan.

    Apapun, sedikit sebanyak tercalar juga jenama Bubblebee dengan berita yang dilaporkan.

    Sebelum ini, dua pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd iaitu Shuib dan Koh Choon Guan dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Ameera Mastura Khamis.

    Mahkamah juga memerintahkan mereka dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan berkenaan.

    Mengikut tiga pertuduhan, syarikat itu mengaku bersalah atas tuduhan, sebagai majikan utama kepada seorang lelaki berusia 25 tahun, gagal membayar caruman majikan dan pekerja kepada Perkeso membabitkan bulan Oktober hingga Disember 2023 lalu, berjumlah keseluruhan RM97.80.

    ALSO READ:  [VIDEO] "Syukur, Pada Usia 40 Tahun Berjaya Membeli Rumah Sendiri" – Sabhi Saddi

    Ia sebagai mana dikehendaki mengikut Seksyen 6 (1) dan (8) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan 32, Peraturan-Peraturan Am Keselamatan Sosial Pekarja 1971.

    Bagi pertuduhan keempat hingga keenam, Bubblebee mengaku bersalah gagal membayar caruman keseluruhan RM17.40 bagi lelaki sama untuk tiga bulan yang serupa mengikut Sesyen 18 (1) Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) dan Peraturan 9 (1) Peraturan-Peraturan Sistem Insurans Pekerjaan (Pendaftaran dan Caruman) 2017.

    Semua perbuatan itu dilakukan di syarikat berkenaan di Taman Industri Alam Perdana, Taman Putra Perdana Puchong pada jam 8.30 pagi setiap tarikh 16 hari bulan untuk November 2023 hingga Januari lalu.

    Bagi pertuduhan ketujuh, syarikat berkenaan didakwa gagal mematuhi saman bawah Seksyen 110 (1) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 di Pejabat Perkeso Selangor, pada jam 11 pagi, 10 Januari lalu.

    Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 110 (2) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda.

    Vivy Yusof & Fadza

    Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan pecah amanah membabitkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam platform e-dagang.

    Vivy dan Fadzaruddin didakwa melakukan pecah amanah dengan melakukan transaksi sebanyak RM8 juta di Bukit Damansara pada tahun 2018.

    Vivy dan Fadzaruddin dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

    Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang bertindak selaku Timbalan Pendakwa Raya iaitu Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, mencadangkan jaminan RM100,000 ke RM200,000 setiap seorang dengan setiap seorang penjamin warganegara Malaysia.

    Wan Shaharuddin juga mengemukakan syarat tambahan di mana kedua tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa mereka kepada mahkamah dan melapor diri sebulan sekali di Pejabat SPRM Putrajaya.

    Hanis Zalikha

    Pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha sebelum ini meluahkan rasa syukur apabila menang kes mahkamah berkaitan pecah amanah membabitkan beberapa individu yang pernah bekerja di syarikatnya.

    Terbaru, isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini berkata, individu-individu yang terlibat dalam kes tersebut tidak mempunyai sebarang hubungan denganya mahupun syarikat.

    Tambah Hanis, dia berharap apa yang menimpa dirinya itu tidak perlu dilalui oleh majikan yang lain.

    Pada 16 Oktober lalu, Hanis memuat naik hantaran di Instagramnya, memaparkan gambar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dengan keterangan ringkas. Ujar Hanis, kemenangan itu sudah lama dinantikan.

    Michael Ang

    Pengarah dan penerbit terkenal Michael Ang menyerahkan segala urusan kepada pihak peguam berhubung tuntutan bayaran sebanyak RM500,000 daripada syarikat pengurusan Armani Entertainment.

    Menerusi sebuah posting di Instagram, Michael berkata, dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan telah melanggar kandungan dalam dua kontrak perjanjian kerjasama antaranya dengan syarikat berkenaan sebelum ini.

    Saya tak ada komen, biar peguam jalankan tugas mereka.

    Tambah Michael, buat masa ini dia sedang sibuk dengan penggambaran sebuah drama dan isu sini timbul kerana masing-masing merasakan mereka berada di pihak yang benar.

    Biasalah orang atau artis kena saman. Dia orang fikir dia orang betul dan saya fikir saya betul. Jadi mula saman menyaman. Banyak lagi masalah kan Malaysia dari kes saman. He says she says!

    Ujar Michael lagi, dia berasa terharu dan berterima kasih kepada peguam yang menghubunginya untuk menawarkan bantuan. Menurut Michael, dia sudah mempunyai peguam tersendiri. Ini kerana, perkara yang terjadi bukanlah sesuatu yang baru buat dirinya.

    Terima kasih kepada peguam yang mesej dan mahu menawarkan bantuan guaman kepada saya. Saya hargai dan terharu. Saya dah ada peguam. Benda ini bukan baru. Terima kasih sekali lagi.

    Terdahulu, syarikat pengurusan Armani Entertainment menuntut semula bayaran sebanyak RM500,000 daripada Michael Ang selepas pengarah itu didakwa gagal melaksanakan beberapa tugas mengikut kontrak dalam perjanjian strategik antara mereka.

    ALSO READ:  Bella Astillah Dedah Kereta Dipakai Aliff Hadiah Pemberiannya, Ada GPS Tracker – ‘Dia Pergi Pavillion Suites Lebih Lapan Kali’

    Menurut Ketua Eksekutif Armani Entertainment Datuk KK Chua, tindakan tersebut diambil selepas pihaknya mendapati Micheal melanggar kandungan dalam dua kontrak sepanjang tiga tahun kerjasama mereka.

    Antaranya Michael memberikan jaminan memasukkan artis naungan syarikat itu dalam dua program realiti televisyen popular dan juga tawaran sebagai pelakon utama serta pelakon pembantu dalam drama terbitan sutradara itu.

    Puteri Sarah Liyana

    Puteri Sarah dan Nazarul hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi proses mediasi selepas pelakon berkenaan memfailkan saman terhadap bekas pekerjanya itu pada Februari lalu.

    Dalam masa yang sama, Nazatul juga memfailkan saman balas terhadap Puteri Sarah sebagai usaha untuk membersihkan namanya pada Jun lalu.

    Sementara itu, proses mediasi di antara Nazatul dan Puteri Sarah telah berlangsung pada 25 September.

    Terdahulu, Sarah mendakwa Nazatul telah melakukan aktiviti pecah amanah sebanyak RM26,000.

    Selain itu, Nazatul juga telah menuduh Sarah mengambil barang terlarang, menganggap diri sebagai rakan kongsi, menggelarnya seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama ‘Andy’ dan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerja.

    Susulan daripada itu, Sarah menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta secara berasingan untuk kerosakan yang dilakukan terhadap status, reputasi, maruah, imej serta tekanan mental dan emosi.

    Alif Teega & Aisyah Hijanah

    Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh Islamik ini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan mengenai salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.

    Perintah tahanan reman yang bermula Khamis sehingga 14 Julai itu dikeluarkan Hakim Majistret Irza Zulaikha Rohainuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya.

    Mereka kemudiannya diperintahkan untuk sambung reman selama tiga hari sehingga Selasa selepas permohonan dibuat SPRM.

    Menurut peguam yang mewakili pempengaruh berkenaan, Abd Rahim Ali, dua anak guamnya direman di bawah Seksyen 23 Akta SPRM.

    Sebelum ini, media melaporkan pasangan tersebut yang terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan derma ditahan SPRM.

    Tahanan itu dibuat atas dakwaan membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit namun difahamkan tidak disalurkan wang tersebut secara betul.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts