Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, January 2, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment#OBWrapped24: Putri Anggun Lovellia, Sharifah Fatma Nour Jamalullail & Muhammad Jibril Antara...

    #OBWrapped24: Putri Anggun Lovellia, Sharifah Fatma Nour Jamalullail & Muhammad Jibril Antara Penyeri Rumah Tangga

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sudah menjadi lumrah, pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mahu dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Anak adalah rezeki dan pelengkap kasih sayang dalam hubungan dibina.

    Tahun 2024 juga menyaksikan ramai selebriti tanah air yang menimang cahaya mata sekali gus membawa keceriaan dalam mahligai perkahwinan. Jom kita semak!

    1. Tom, Fuad

    Pada 18 Februari lalu, penyanyi Tom selamat melahirkan cahaya perempuan sulung hasil perkahwinan dengan Fuad Rahman.

    Anak yang diberi nama Putri Anggun Lovellia dilahirkan secara pembedahan kerana Tom berdepan dengan beberapa komplikasi.

    Tom selamat bergelar isteri kepada Fuad pada 26 Februari 2023 di Batam, Indonesia.

    Bagaimanapun, Tom pernah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu. Sementara itu, Fuad juga pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali.

    2. Uqasha, Kamal

    Kamal Adli dan Uqasha SenroseKamal Adli dan Uqasha Senrose

    Pelakon Uqasha Senrose atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 2.72 kilogram pada 26 April.

    Uqasha dan suami, aktor Kamal Adli sepakat memberikan nama Uqaira buat puteri sulung mereka.

    Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

    Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali iaitu selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar November 2022.

    3. Shila, Ubai

    Shila AmzahShila Amzah

    Penyanyi popular, Shila Amzah atau Nurshahila Amir Amzah, 31, selamat melahirkan cahaya perempuan yang diberi nama Rhea Akira pada 9 Mei.

    Bagaimanapun kata Shila, dia mengalami gangguan psikologi iaitu meroyan ringan atau dikenali sebagai ‘baby blues’ selepas bersalin anak kedua.

    Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga dengan Ubai MZ pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Rhea Akira.

    ALSO READ:  Norreen Iman Memilih Berhijrah Kerana Ketulusan Kepada Allah Dan Bukan Untuk Keuntungan Peribadi

    Terdahulu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias namun bercerai pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun bersama.

    Hasil perkahwinan tersebut, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.

    4. Yuna Rahim

    yuna rahumyuna rahum

    Tanggal 27 Mei jam 1.59 petang, pelakon Yuna Rahim selamat melahirkan putera sulung.

    Yuna dan suami, Muhammad Nurakmal Ayub sepakat memberikan nama Muhammad Hud Adyan kepada cahaya mata mereka.

    Untuk rekod, Yuna dan Muhammad Nurakmal mendirikan rumah tangga pada 18 Februari tahun lalu.

    5. Ainul Aishah

    Selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Ainul Aishah selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan pada 29 Mei.

    Tidak berkongsi secara terperinci mengenai proses kelahiran, Aishah meluahkan rasa syukur segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan.

    Untuk rekod, aktres itu mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Khalid Redzuan pada September 2022 selepas lima tahun bercinta.

    6. Fizi Ali

    Fizi Ali iaitu Siti ZulaiikhaFizi Ali iaitu Siti Zulaiikha

    Isteri kepada penyampai radio Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha selamat melahirkan cahaya mata perempuan secara normal pada 3 Julai.

    Kongsi Fizi atau  Mohd Hafizudin Ali, 35, bayi seberat 3.36 kg itu dilahirkan dalam keadaan baik.

    Imbas kembali, Fizi dan Siti Zulaikha mendirikan rumah tangga Oktober tahun lalu.

    Sebelum itu, Fizi pernah berkahwin dengan aktres Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021.

    Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofea yang kini berusia lima tahun.

    7. Da’i Syed, Hana Ismail

    Pelakon dan pendakwah selebriti, Da’i Syed memperkenalkan cahaya mata pertamanya yang diberi nama Sharifah Fatma Nour Jamalullail.

    Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 29, memaklumkan isterinya, Hana Ismail selamat melahirkan anak secara normal pada 14 Ogos.

    ALSO READ:  BCL Titip Ucapan Hari Jadi Buat Allahyarham Ashraf Sinclair – ‘Terima Kasih Untuk Memori Indah Bersama, Awak Sangat Bermakna Bagi Saya’

    Untuk rekod, Syed mendirikan rumah tangga dengan pengacara Hana Ismail pada 3 Disember 2022 di Kuala Lumpur.

    8. Fatin Afeefa, Opai

    Fatin AfeefaFatin Afeefa

    Lama menyimpan rahsia, bekas pelakon Fatin Afeefa akhirnya mengumumkan sudah melahirkan cahaya mata sulung hasil perkahwinan dengan pempengaruh, Opai atau Aliff Awang.

    Fatin mengumumkan sudah bersalin selepas bayinya yang diberi nama Muhammad Jibril sudah memasuki usia tujuh bulan.

    Fatin mendirikan rumah tangga dengan Opai pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.

    Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 9.

    Bahkan, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian daripada perkahwinan pertamanya.

    9. Intan Najuwa

    Pelakon Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 15 Disember.

    Intan dan suami, Datuk Ahmad Asraf Azman sepakat memberikan nama Imane Lunara kepada puteri mereka.

    Untuk rekod, Intan selamat bergelar isteri kepada Asraf pada Ogos tahun lalu.

    10. Syasya Rizal

    Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal selamat bergelar ibu selepas melahirkan putera sulung pada 23 Disember.

    Syasya dan suami, Nasrullah Mohd Sapie sepakat memilih nama Muhammad Yassir Hayyan untuk anak mereka.

    Sebelum ini, Syasya memberitahu berkemungkinan anaknya akan lahir dalam keadaan pra matang.

    Untuk rekod Syasya dan Nasrullah disatukan dalam sebuah majlis akad nikah pada 20 April lalu.

    11. Nabila Razali

    Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota, pada 24 Disember.

    Bayi seberat 3.1 kilogram itu adalah anak sulung Nabila hasil perkahwinan dengan suami, Nik Iruwan, 39, yang berlangsung pada 18 November tahun lalu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Intan Najuwa Nak Muntah Tengok Langsir, Pasu & Bau Kuda – ‘Tak Boleh Nak Abaikan’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts