Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentOffspring Melancarkan Lampin Inovatif FeatherAIR untuk Kulit Bayi Sensitif

    Offspring Melancarkan Lampin Inovatif FeatherAIR untuk Kulit Bayi Sensitif

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Offspring Inc., sebahagian daripada Kumpulan SEDANIA, merupakan peneraju produk penjagaan bayi premium yang lestari dengan lebih daripada 170 produk.

    Menggunakan Bahan Mesra Alam

    Menariknya produk ini menggunakan bahan mesra alam dan pembungkusan boleh terbiodegradasi, serta mempunyai kehadiran runcit yang kukuh di tiga benua dan kini telah melancarkan Lampin FeatherAIR, tambahan terbaru dalam rangkaian lampin bayi yang selamat dan selesa tanpa bahan kimia.

    Pelancaran FeatherAIR telah berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, bersempena dengan pameran pop-up interaktif jenama itu yang berlangsung selama seminggu di Aras 2, Pavilion Bukit Jalil (berhadapan Tsutaya Books), dari 20 Ogos 2024 hingga 25 Ogos 2024, dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

    Lampin inovatif ini, hasil R&D Offspring, hanya setebal 1.5mm dengan kadar penyerapan yang unggul, menampilkan penyerapan sehingga 11X dengan teknologi teras 10-lapisan SapGuard dan 2XSap.

    Ini menjamin kekeringan 6X dengan perlindungan anti bocor tiga lapis dan pengaliran udara yang lebih baik.

    Zahirah MacWilson Sebagai Duta

    via Offspring Inc.

    Hal ini menjadikan lampin Offspring FeatherAIR, yang tersedia dalam bentuk seluar dan pita pelekat, sesuai untuk penggunaan siang dan malam.

    Lebih penting lagi, FeatherAIR juga hipoalergenik, bebas bahan kimia dan klorin, serta disahkan oleh pakar pediatrik dan dermatologi.

    Sementara itu, Offspring turut memperkenalkan Duta Jenama terbarunya, Zahirah MacWilson.

    Sesi perkongsian bersama pakar juga diadakan semasa pelancaran tersebut, di mana pakar-pakar berkongsi testimoni dan pandangan mengenai kekerapan kulit sensitif dalam kalangan bayi baru lahir dan kepentingan menggunakan produk yang betul sedari awal untuk mengurangkan risiko komplikasi kulit.

    Jangan Lepaskan Peluang

    via Offspring Inc.

    Sepanjang minggu pameran Offspring FeatherAIR Discovery, pelanggan boleh menyertai pameran interaktif Offspring untuk peluang menebus beg hadiah (bernilai RM40) secara percuma, bersama-sama dengan promosi khas yang hanya terdapat semasa pameran.

    ALSO READ:  Dominasi 7 Anugerah Di MDA d Awards, REV Media Group Bukti Sebagai Penerbit Digital Terkemuka Malaysia

    Rangkaian lampin Offspring FeatherAIR akan tersedia di rangkaian runcit penjagaan diri dan bayi utama seperti AEON, Caring Pharmacy, BIG Pharmacy dan Happikiddo mulai September 2024.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian baru Offspring FeatherAIR dan produk lain Offspring yang mesra alam, selamat dan mesra bayi, layari www.offspringinc.com atau pasaran e-dagang seperti TikTok, Shopee dan Lazada.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts