Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentOKU Nyaris Maut, Leher Dikelar Dengan Pisau Lipat Oleh Penagih Dadah

    OKU Nyaris Maut, Leher Dikelar Dengan Pisau Lipat Oleh Penagih Dadah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seorang lelaki berstatus orang kelainan upaya (OKU) cedera parah selepas diserang oleh penagih dadah dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Taman Kluang Barat, pada Ahad.

    OKU nyaris maut, diserang penagih dadah

    Sekadar gambar hiasan

    Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh, mangsa yang berusia 32 tahun itu diserang dengan pisau lipat pada bahagian leher sehingga mengalami kecederaan.

    Mangsa dikejarkan ke zon merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang dengan luka panjang di leher sebelah kiri dan di bahagian hadapan kanan leher.

    Suspek, 45, yang berada di bawah pengaruh dadah itu telah berjaya diberkas dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda atau kedua-duanya.

    Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan kes jenayah dan kes narkotik. Saringan kencing mendapati suspek positif dadah jenis morphin.

    Siasatan lanjut berhubung kes masih dijalankan bagi mengetahui motif serangan tersebut. Sementara seorang saksi, Suhaida mendakwa melihat suspek dan mangsa bertengkar sebelum kejadian.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts