Kumpulan One Avenue Band (OAB) kembali dengan buah tangan terbaharu buat peminat menerusi lagu berjudul ‘Jangan Pergi’.
‘Jang Pergi’
Vokalis OAB, Reyhan, 28, berkata, ‘Jangan Pergi’ adalah lagu bergenre Pop Balada yang dihasilkan sepenuhnya oleh komposer Mekiya atau lebih dikenali sebagai Angah Projector Band.
Lagu ini menceritakan mengenai pasangan yang setia bersama dan tak sanggup ditinggalkan. Senang cerita, nak hidup bersama selama-lamanya. Pada masa sama, jangan ada niat untuk meninggalkan.
Menerusi lagu ini memaparkan bagaimana hubungan itu dipenuhi dengan kesetiaan dan kecintaan yang mendalam, menunjukkan bahawa keberadaan satu sama lain menjadi penyeimbang yang sempurna dalam kehidupan.
Kesetiaan yang mereka tunjukkan tidak hanya terlihat dari kata-kata, tetapi juga dari tindakan nyata yang mereka lakukan setiap hari untuk saling mendukung dan menguatkan.
Dalam erti kata lain, lagu ini ingin menjelaskan yang mana kebersamaan dan kesetiaan adalah kunci utama dalam merajut kisah cinta yang kekal dan tak tergantikan.
Berkongsi lanjut, Reyhan berkata, perbezaan ketara single terbaharu mereka dengan yang terdahulu adalah dari segi penciptaannya.
Angah dikenali kerana lagunya yang begitu menyentuh dan mampu meruntun perasaan pendengar hingga mereka terhanyut dalam lautan emosi yang dalam. Lagu ini tidak hanya menjadikan mereka terbuai tetapi juga mengalirkan air mata.
Melodi yang disusun dengan penuh kemasan menjadikan setiap nada berpadu secara harmoni, membiarkan kesan mendayu-dayu lagu itu memancar dengan indahnya.
Keunikan lagu ini dapat dicetuskan oleh keseimbangan antara lirik yang menyentuh hati dan melodi yang meresap ke dalam jiwa.
Kecantikan lagu ini terletak pada cara Angah mampu menyampaikan ‘vibes’ galau yang sejuk di tengah-tengah populariti tema itu dalam kalangan generasi muda.
Hasilkan karya bagus
Dalam pada itu, Reyhan menyifatkan OAB masih lagi berusaha menghasilkan karya yang baik untuk semua pendengar dan peminat.
Kami juga berusaha untuk menempah lebih banyak nama dan besarkan lagi nama kami dalam industri muzik di Malaysia. Sejauh mana itu tidak dapat nak digambarkan, tapi selagi mampu kami akan cuba sedaya upaya untuk meneruskan karya kami sejauh yang mungkin.
Kami juga menerima banyak jemputan seperti persembahan makan malam, majlis kahwin, festival dan lain-lain. Mungkin dari segi ini juga boleh menjadikan OAB bertahan dalam industri muzik Malaysia.
Insya-Allah, perancangan akan datang kami nak buat konsert besar OAB dan juga berkolabrasi bersama artis tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan ramai lagi. Jika diberi peluang, kami akan lakukan sehingga berjaya.
OAB mula mencipta nama menerusi lagu ‘Kisah Antara Kita’ yang dilancarkan pada 2018.
Sejak itu, nama kumpulan yang dianggotai Reyhan (penyanyi), Shana (penyanyi), Apit (bass), Madey Vai (gitar & keyboard) dan Kimy (dram) kian meniti di bibir peminat.