Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentOpie Zami Terkesan Bapa Sendiri Hingga Luruh Jiwa – ‘Takut Sebut Tindakan...

    Opie Zami Terkesan Bapa Sendiri Hingga Luruh Jiwa – ‘Takut Sebut Tindakan Walaupun Goyang Lutut Saya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, pelawak dan pengarah, Opie Zami tampil berkongsi pengalaman dirinya sewaktu mengarahkan sebuah filem yang turut dibintangi bapanya, Allahyarham Zami Ismail beberapa tahun yang lalu.

    ‘Direct’ ayah sendiri

    Menerusi potongan video sesi podcast bersama ‘Santai Raksasa’, Opie atau nama sebenarnya Muhammad Saufi Zami berkata, dia berasa sangat gerun kerana perlu mengarah bapanya sendiri yang begitu berpengalaman dalam bidang lakonan.

    Masa itu saya baru nak mengarah dan dalam masa yang sama, pihak ‘producer’ nak abah saya (arwah Zami) berlakon.

    Goyang lutut saya tau, nak sebut perkataan ‘action’ pun saya takut-takut.

    Menurut Opie, meskipun mereka mempunyai pertalian darah, bapanya itu tetap membahasakan dirinya sebagai ‘saya’ sewaktu berkomunikasi di set penggambaran.

    Walaupun kami anak-beranak, ayah saya begitu profesional.

    Sebagai contoh kalau dia nak suarakan pendapat dia akan cakap, ‘Maaf tuan pengarah, boleh tak saya nak bagi idea untuk sekian-sekian’.

    Ayah saya memang seorang pelakon yang akan minta kebenaran daripada seorang pengarah tetapi bila dia cakap dan bahasakan diri dia sebagai ‘saya’, luruh jantung saya mendengarnya.

    Tambah Opie, arwah bapanya itu juga sentiasa bersikap profesional sepanjang bekerjasama bersama.

    Ada satu waktu itu pula saya terangkan pada dia, ‘Abah, karakter itu saya nak sekian-sekian tau’.

    Terus dia jawab pada saya, ‘Tuan pengarah, saya dah ‘breakdown’ karakter saya ini dan akan lakukan begini-begini. Jadi apa pandangan tuan pengarah?’.

    Dia sebagai ayah saya ‘present’ mengenai watak dan apa yang dia nak buat dengan saya. Arwah begitu profesional.

    Video

    @mr_bon888 Luruh jiwa mengarah ayah sendiri #OpieZami #MatRock #LesSekinchan #RaksasaManja ? bunyi asal – Mr Bon

    ALSO READ:  Rita Rudaini ‘Sekolahkan’ Podcast Kisah Budak Asrama, Hairan Topik Letak Racun Dalam Makanan Dibuat Main?

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts