Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentOPPO Melancarkan Siri Reno10 Dengan Sistem Kamera Bertaraf Profesional, Harga Bermula RM...

    OPPO Melancarkan Siri Reno10 Dengan Sistem Kamera Bertaraf Profesional, Harga Bermula RM 1,799!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    OPPO hari ini mengumumkan pelancaran siri Reno10 terbaru, yang menampilkan Reno10 Pro+ 5G, Reno10 Pro 5G dan Reno10 5G. Dengan sistem kamera Potret Ultra-Jelas yang dilengkapi Kamera Potret Telefoto dengan sensor besar, Kamera Utama Ultra-Jelas, Kamera Swafoto Ultra-Jelas dan Kamera Ultra-Lebar 112° 8MP yang berkualiti tinggi, siri Reno10 menyediakan pengalaman pengimejan potret bertahap profesional yang dibina dalam reka bentuk yang nipis, ringan dan bergaya bagi siri OPPO Reno.

    Bersama-sama dengan pengecasan pantas SUPERVOOCTM sehingga 100W, SoC yang berkuasa tinggi, Sistem Penyejukan Ultra Konduktif, Enjin Pengkomputeran Dinamik, ColorOS 13 dan bateri pengecasan pantas, selamat dan tahan lama yang disokong dengan Enjin Kesihatan Bateri OPPO dan cip pengurusan kuasa SUPERVOOC S, siri Reno10 mempunyai prestasi secara menyeluruh yang tiada tandingannya.

    Pengalaman pengimejan potret bertaraf pro ini telah dibawakan ke siri Reno10 tanpa mengabaikan ketebalan, ringan dan reka bentuk yang bergaya. Berketebalan 8.28mm dan berat yang hanya 194g, Reno10 Pro+ 5G merupakan telefon pintar paling nipis di pasaran dilengkapi dengan kamera telefoto periskop. Bagi pengguna yang ingin memiliki telefon pintar berprestasi tinggi yang lebih nipis dan ringan, Reno10 Pro 5G dan Reno10 5G merupakan pilihan anda di mana masing-masing mempunyai berat 185g2 dan berukuran 7.89mm dan 7.99mm, menawarkan prestasi profesional siri Reno10 dalam reka bentuk yang nipis dan ringan di mana tiada telefon pintar yang dapat menandinginya.

    Ketiga-tiga telefon bimbit siri Reno10 menampilkan badan melengkung 3D yang direka dengan teliti untuk keselesaan yang lebih baik dan pegangan yang lebih mudah bersama papan skrin melengkung 3D 120Hz dengan bezel ultra sempit untuk pengalaman visual yang mengasyikkan dan tanpa batas. Siri telefon bimbit ini boleh diperolehi dalam pelbagai warna yang canggih dan bergaya. Ini termasuk Silvery Grey pada ketiga-tiga model, Glossy Purple pada Reno10 Pro+ 5G dan Reno10 Pro 5G serta Ice Blue pada Reno10 5G.

    Siri Reno10 memperkenalkan reka bentuk premium baharu mengelilingi modul kameranya. Hiasan modul lens dibahagikan kepada dua bahagian menggunakan proses penyambungan canggih untuk mencipta reka bentuk dua warna premium yang menambah penampilan berteknologi tinggi dan estetika professional pada telefon tersebut. Kedua-dua Reno10 Pro+ 5G dan Reno10 Pro 5G direka dengan Matriks Kamera Laser-Centric yang inovatif menggabungkan tekstur umpama pancaran sinar laser yang berpusat di sekeliling kamera utama untuk memanipulasi cahaya dan bayang-bayang, melambangkan keupayaan kamera yang berkuasa.

    Di samping itu, siri Reno10 merupakan siri telefon pintar OPPO pertama yang menyokong alat kawalan jauh inframerah untuk peranti pintar seperti penghawa dingin, TV, kotak atas set dan banyak lagi, memberikan lebih banyak kemudahan dan kecekapan kepada kehidupan seharian melalui teknologi pintar.

    Ketersediaan dalam Pasaran

    OPPO Reno10 boleh ditempah di Malaysia bermula dari 6 hingga 14 Julai 2023. Pelanggan yang membuat tempahan awal dalam tempoh ini akan menerima hadiah menarik seperti berikut:

    Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.oppo.com/my/smartphones/series-reno/reno10-pro-plus/.



    Credit: Teknologi – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,267FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts