Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Orang Belanja Kau Cendol, Bukan Suruh Menyondol’ – Pengawal Peribadi Sound Stylist...

    ‘Orang Belanja Kau Cendol, Bukan Suruh Menyondol’ – Pengawal Peribadi Sound Stylist Fazura?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Nur FazuraNur Fazura

    Selepas pekerja kepada pelakon Nur Fazura bersuara, kini giliran pengawal peribadi aktres itu pula memberi amaran kepada wanita yang didakwa mengganggu rumah tangga majikannya dengan suami, Fattah Amin.

    ‘Penyondol pengacau’

    Nur FazuraNur Fazura

    Pengawal peribadi yang dikenali sebagai Shahaszrin berkata, dia sangat kecewa dengan tindakan wanita terbabit yang selama ini dilayan baik oleh Fazura.

    Untuk si ba** penyondol yang kacau rumah tangga orang, terus la kau menjadi ba**. Sebab ba** je yang suka sondol.

    Aku doakan apa kejahatan yang kau buat akan kena balik dekat kau. Orang belanja kau makan cendol lah, bukan suruh menyondol.

    Shahaszrin berkongsi mengenai perkara itu menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Story miliknya.

    Dalam pada itu, Shahaszrin berkata, tujuan dia memuat naik perkongsian tersebut bukan untuk menunggang isu yang sedang panas, tetapi berasa kasihan dengan nasib menimpa Fazura dan Fattah.

    Apa yang aku kongsikan ini bukan niat nak viral, aku kongsi sebab rasa marah dan kecewa atas apa yang terjadi.

    Kenapa aku ada rasa marah dan kecewa? Sebab aku sangat hormat dan sayang Fattah dan Fazura. Jadi apabila berlaku begini, aku memang jadi sangat marah. Harap korang jelas.

    Terdahulu, timbul desas desus mendakwa penata gaya atau ‘stylist’ Fazura menjadi punca keretakan rumah tangga aktres itu dengan suami, Fattah Amin.

    Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila Fazura dilaporkan sudah memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada Jumaat.

    Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai kes tersebut masih tidak didedahkan.

    Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

    ALSO READ:  [VIDEO] Siti Nurhaliza Tumbuk ‘BIBA PUNCH’ Buatkan Ramai Teruja!-“Terkejut Aku, Kuatnya Tokti”

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts