Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Orang Cakap Aku Kafir Lah’ – Fahimi Pernah Dikecam, Alami ‘Anxiety’ Teruk

    ‘Orang Cakap Aku Kafir Lah’ – Fahimi Pernah Dikecam, Alami ‘Anxiety’ Teruk

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Fahimi tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan tempoh sukar yang pernah dilalui suatu ketika dulu.

    Artikel berkaitan: Fahimi Tak Sabar Nak Berkumpul Dengan Adik Beradik, Daging Dendeng Ibu Paling Ditunggu Bila Hari Raya

    Artikel berkaitan: Park Seo Joon Buat Peminat Malaysia Angau, Tak Boleh ‘Move On’

    Berdegil nak jadi penyanyi

    Menerusi perkongsian di TikTok Mau Sembang, Fahimi memberitahu hasratnya untuk menjadi seorang penyanyi pernah ditentang oleh ibunya.

    Bila aku nak jadi penyanyi dan jadi pemuzik ni, mak aku cakap kamu mesti kena ada kerja yang sebenar tapi aku taknak. Aku degil sikit lah.

    Mak aku ada cakaplah kau sambung lah juga belajar tapi in between tu kau menyanyi juga. Aku masuk universiti dekat UiTM Shah Alam, aku masih buat cover jadi dekat situ aku rasa macam nak jadi penyanyi dan penghibur.

    Aku tak ada platform tau, nasyid yang aku layan pun dulu macam Mirwana. Aku nak cakap aku di dalam industri ni aku macam tak layak. Begitulah permainannya, kau kena bersaing. Satu masa nanti kau akan bersinar.

    Penyanyi lagu Angau ini menyatakan dia memulakan karier seni sebagai sebuah kumpulan yang membawakan lagu-lagu islamik namun ia tidak bertahan lama.

    Jadi aku mula dengan kumpulan The Faith. The Faith ni kumpulan islamik dimana kami bawa lirik ketuhanan dan sebagainya.

    Ex manager aku ada tanya kau nak tak buat ni sebab dia nampak aku macam tak menjiwai. Aku kata mungkin bukan minat aku kot.

    Bila kami berpecah dan buat pengumuman, kena kecam gila. Orang cakap aku kafir lah.

    Dikecam sampai kena ‘anxiety’

    Disebabkan kecaman yang diterima, Fahimi sering mengalami masalah kerisauan melampau atau dikenali sebagai ‘anxiety’.

    Kita senyum tapi sebenarnya dalam hati kita ada sesuatu. Anxiety dengan overthinking tu.

    Aku memang ada benda tu. Aku tak tahu daripada mana. Mungkin kesan daripada benda lepas contoh sekarang pun aku akan tiba-tiba rasa macam gigil dan rasa macam sesak nafas.

    Dalam pada itu, meskipun melalui pelbagai kesukaran dalam hidup, Fahimi percaya rezeki datang daripada Allah SWT.

    Sebenarnya Allah yang bagi rezeki dekat kita. Aku dah melalui macam-macam seperti orang reject kau, orang tak suka apa yang kau buat, orang merendahkan kebolehan aku dan orang tak percaya aku.

    ALSO READ:  [VIDEO] Ananda Natasha Raih Perhatian Netizen, Mengaji Al-Quran Siap Bertarannum – ‘Masya-Allah, Sedapnya Alunan Suara’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts