Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Orang Luar Hargai Karya Seni Negara, Mereka Sayang Bakat Setiap Pembikin Filem,...

    ‘Orang Luar Hargai Karya Seni Negara, Mereka Sayang Bakat Setiap Pembikin Filem, Penulis Skrip Mahupun Kru Belakang Tabir’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Mia Sara Shauki berkongsi pengalaman dan rasa terujanya apabila berpeluang menghadiri Festival Filem Antarabangsa Ho Chi Minh (HIFF) di Vietnam pada 7 dan 8 April lalu.

    Orang luar hargai karya seni negara

    Menerusi temu bual bersama Mia berkata, dia banyak mengutip pengalaman berharga yang tidak disangka-sangka ketika menghadiri tayangan khas filem-filem di sana.

    Saya berpeluang melihat bagaimana orang luar menghargai karya seni negara mereka dan begitu juga sebaliknya. Apabila berada di sana mereka begitu menyambut baik kedatangan penggiat seni luar dan memastikan setiap individu yang berada dalam bilik itu adalah insan penting.

    Mereka sayang kepada bakat setiap pembikin filem, kru, penulis skrip mahupun kru-kru belakang tabir.

    Ujar Mia, dia berada di Ho Chi Minh selama empat hari bagi memenuhi undangan penganjur HIFF sempena tayangan khas Geng Kubur bersama Gavin. Seorang lagi pelakon yang juga menjayakan filem berkenaan, Firdaus Sufian turut sama menyertai festival itu.

    Disoal mengenai pengalaman sepanjang menjalani penggambaran filem Geng Kubur pada tahun lalu, Mia menyifatkan penggambaran tersebut merupakan kenangan manis yang tidak boleh dilupakan buat dirinya.

    Filem arahan Gavin Yap itu bukan sekadar mengangkat kisah seram, tetapi banyak mesej yang boleh dipelajari. Di sebalik kisah seram dalam Geng Kubur sebenarnya ada mesej mengenai nilai persahabatan yang sukar untuk kita cari sekarang di mana persahabatan yang terjalin betul-betul ikhlas tanpa ada apa-apa niat lain.

    Bukan itu sahaja, perihal pentingnya hubungan dan kasih sayang dalam keluarga turut diterapkan. Kadang-kadang orang terlepas pandang elemen ini yang sebenarnya adalah faktor penting dalam masyarakat kita.

    Setiap watak utama tidak menjalani kehidupan yang sempurna dan mereka perlu berhadapan isu yang melanda diri masing-masing. Boleh dikatakan, ada mesej yang ingin disampaikan kepada penonton.

    Saya harap, mesej-mesej sebegini sampai dan dapat dimanfaatkan. Itu yang lebih penting iaitu kesannya kepada jiwa.

    ALSO READ:  Nora Danish Syukur Berhenti Buat Babak Bersentuhan Dengan Pelakon Lelaki – ‘Rasa Harga Diri Sangat Mahal’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts