Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Orang Tak Setuju Saya Berhijab…”- Norish Karman Maklum Terima Banyak Tawaran Minta...

    “Orang Tak Setuju Saya Berhijab…”- Norish Karman Maklum Terima Banyak Tawaran Minta Tanggalkan Hijab

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Keputusan untuk memulakan hijrah pada tahun 2018 bukanlah satu keputusan mudah bagi aktres terkenal, Norish Karman. Selepas mengenakan hijab, Norish mengakui bahawa mendapatkan tawaran lakonan yang sesuai dengan imejnya menjadi semakin sukar.

    Dalam satu temuramah Norish berkongsi pengalaman yang mencabar sejak dia memilih untuk berhijab. Dia mendedahkan bahawa kebanyakan tawaran yang diterimanya sebelum ini menuntutnya untuk menanggalkan hijab, dan sejak dia memakainya, tawaran lakonan menjadi jarang.

    “Jadi, mungkin orang tak setuju saya berhijab. Mesti ada yang cakap ramai sahaja berlakon tak pakai tudung, tapi saya cakap itu bukan ‘Norish Karman’.

    “Masalahnya saya terima watak besar yang boleh diluaskan karya.

    “Apakan daya, saya sudah berhijab dan pilih untuk istiqamah, tapi banyak juga cabarannya. Mungkin itu juga cabaran selepas berhijrah,” katanya.

    Jelasnya, sudah tentu timbul rasa kecewa dalam diri dengan dugaan menimpa kerana mengakui memberi kesan terhadap kewangannya.

    “Memanglah ada sedikit kecewa dan ada kesan pada kewangan. Saya akui, kalau dapat banyak tawaran lakonan tak adalah kaya, tapi bolehlah meneruskan hidup.

    “Ditambah pula, saya ibu tunggal kepada lapan anak, tapi tak dapat ‘job’ selama bertahun-tahun memang ada rasa sedih,” katanya.

    Bagaimanapun, Norish berkata, dia bersyukur mempunyai anak-anak yang tidak jemu memberi semangat biarpun pernah terdetik untuk menanggalkan hijab semata-semata mahu kembali berlakon.

    “Kerana semua anak ini luar biasa. Bila tak ada suami, Allah anugerahkan benda lain dan kita kena yakin.

    “Saya cakap dengan anak-anak yang saya tiada ‘job’. Kalau ada pun kena buka hijab. Jadi, saya minta pendapat daripada anak-anak apa yang mereka rasa perlu buat.

    “Bohong kalau saya kata tak pernah terfikir untuk buka hijab semasa bekerja sahaja sebab saya manusia biasa dan iman turun naik.

    “Tapi, anak-anak semuanya tak setuju, mereka kata pasti ada rezeki lain dan sekarang mungkin belum masanya lagi,” katanya.

    Pada 2018, Norish berkongsi melalui hantaran di Instagram (IG) bahawa dirinya sudah mula mengenakan hijab dan ingin istiqamah dengan jalan hijrah yang dipilih.

    ALSO READ:  Spider, Ella & Masdo Bakal Gegar Spice Arena Penang Dalam Konsert Mahardika Ogos Ini!

    Menerusi hantaran sama, aktres kelahiran Singapura itu mengakui menyesal kerana tidak berhijab lebih awal, selain menyifatkan keputusan diambil adalah hadiah untuk bapa yang sudah lama menunggu tanpa sedikit amarah sekalipun.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts