Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Orang Yang Rapat Sahaja Tahu Hebat & Baik Insan Bernama Fazura’ –...

    ‘Orang Yang Rapat Sahaja Tahu Hebat & Baik Insan Bernama Fazura’ – Dj Sonic

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Gara-gara terlalu ramai orang yang bertanya mengenai kemelut rumah tangga aktres Nur Fazura dengan suaminya, Fattah Amin, penyampai radio DJ Sonic akhirnya tampil membuka mulut.

    Insan yang sangat baik

    Menurut Dj Sonic, terlalu ramai orang yang menghantar direct message (dm), Whatsapp dan telefonnya untuk mengetahui hal Fazura.

    Cuma satu saya nak bagitahu, Fazura ni seorang insan yang sangat baik dengan semua orang. Tak kira anda siapa. Fazura terlalu kuat bekerja sampai saya tanya Faz tak penat ke? Jawapan Faz mudah, dari kecil saya diajar untuk berdikari dan cari duit. Ini dah macam rutin!

    Menurut Dj Sonic, sesibuk manapun Fazura, dia pasti akan menjaga keluarganya dengan baik.

    Kalau kami keluar makan, tanpa gagal Fazura akan bungkus makanan untuk ahli keluarganya di rumah. Dia akan beli itu ini. Tiap kali sentiasa tengok masa nak balik. Tanggungjawab seorang ibu! Orang yang rapat sahaja tahu hebat dan baiknya insan yang bernama Fazura ini.

    Terdahulu, isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah menjadi spekulasi di media sosial apabila mereka didakwa sudah tidak lagi meninggalkan komen atau memberi tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.

    Malah, mereka juga tidak lagi memuat naik foto bersama di platform media sosial. Walau bagaimanapun, Fazura sebelum ini menafikan dakwaan hubungannya dengan suami bermasalah.

    Sehinggalah pada pagi Jumaat lalu, Fazura memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

    Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

    ALSO READ:  Rita Rudaini Berkurung Tiga Hari Dalam Bilik Ketika Hamil Anak Kedua – ‘Rayyan Datang Ambil Tuala Lap Mata Saya’

     

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts