Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPablo Amirul Mahu Fokus Ibadah Selepas Mengaku Terlibat Dengan Ajaran Sesat –...

    Pablo Amirul Mahu Fokus Ibadah Selepas Mengaku Terlibat Dengan Ajaran Sesat – ‘Perubahan Itu Penting, Tapi Jangan Lari Landasan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Pablo Amirul mendedahkan keadaan mental dirinya semakin pulih selepas kontroversi terjerumus dengan ajaran sesat sekitar dua tahun lalu.

    Fokus beribadah kepada Allah SWT

    Menerusi temu bual bersama Melodi TV3, pemilik nama Amirul Hisyam Mohd Sakri ini memaklumkan bahawa dia juga sedang berusaha untuk memperbaiki diri dan memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT.

    Alhamdulillah, selepas apa yang saya lalui sebelum ini sudah semakin pulih. Saya serahkan kepada orang di luar sana untuk menilai.

    Mungkin sebelum ini kecoh dengan isu ajaran sesat yang berkait dengan saya tetapi sekarang ini saya nak berikan fokus kepada ibadah saya dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.

    Ketika ini, saya hanya ikut apa yang wajib saja secara asasnya.

    Tambah Pablo, dia juga berharap orang di luar sana supaya tidak mudah terpedaya dengan mana-mana ajaran yang boleh menyebabkan diri mereka terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

    Cuma saya berharap orang di luar sana supaya tidak mudah terpesong dan tidak mudah menerima sesuatu yang di luar kemampuan serta yang jauh terpesong dari ajaran sebenar.

    Perubahan itu penting, tapi jangan lari dari landasan Islam. Kesilapan itu sudah pun dibuat dan tak ada apa yang boleh saya buat untuk sembunyikan benda itu.

    Cuma, jadikanlah itu sebagai peringatan dan tauladan buat semua orang di luar sana. Yang mana salah dan yang mana betul, tegur saya secara baik. Saya terima seadanya.

    Dan kalau korang di luar sana tak pernah pergi syurga dan neraka, jangan pernah menghukum saya. Itu semua kerja Allah.

    Akui ada terima ancaman

    Dalam pada itu, Pablo mengakui dirinya ada menerima ancaman daripada beberapa pihak sejak mula berterus terang mengenai perkara itu di media sosial.

    Sudah tentu ada ancaman yang diberikan kepada saya sebab perkara inikan melibatkan ramai pihak.

    Tapi ajal, maut dan jodoh semua ini di tangan Allah.

    Kalau saya ditakdirkan akan mati di sesuatu tempat, saya tak boleh nak buat apa cuma bukanlah tak melawan. Sudah pasti saya akan melawan.

    Ketika ditanya apakah sumber kekuatan untuk meneruskan kehidupan, pelakon yang popular menerusi filem ‘Polis Evo’ ini berkata, keberadaan ibunya yang sentiasa menerima segala kekurangan yang ada pada dirinya membuatkan dia terus kuat dan tidak mudah berputus asa.

    Cuma, kalau yang memberi kecaman dan ancaman kepada saya ialah manusia yang beragama Islam itu sendiri, siapa lagi yang patut saya percaya? Allah sajalah.

    Saya tak pernah berputus asa sebab ibu saya. Ibu saya menerima saya seadanya di kala orang lain mengutuk saya.

    Sebab ibu saya jugalah saya buat ‘comeback’.

    Terdahulu, Pablo mendedahkan dirinya sudah dua tahun mengikuti ajaran sesat menerusi sesi siaran langsung di Facebook (FB) sekitar dua tahun lalu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Suami Reda Motor Dicuri Selepas Teman Isteri ‘Follow Up’ Kandungan Di Hospital – ‘Mungkin Lahir Zuriat Ini, Rezeki Kami Luas’

    Jelas Pablo, dia berbuat demikian selepas mengikuti seorang wanita yang juga bekas kekasihnya dipercayai juruterbang.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts