Seorang remaja perempuan mendedahkan sudah terlanjur dengan seorang lelaki yang merupakan guru sekolahnya sendiri.
‘Kami terlanjur sebab hujan’
Menerusi perkongsin di aplikasi X, remaja perempuan yang tidak didedahkan identiti itu memaklumkan dia baru berusia 18 tahun namun telah hilang kehormatan diri disebabkan nafsu menguasai diri.
Menurut remaja terbabit, kejadian yang membabitkan dirinya dan seorang guru lelaki itu berlaku di sebuah hotel di Bangi.
Baru-baru ni saya keluar dengan cikgu lelaki. Kemudian kami check in dekat hotel di Bangi. Buat kali pertamanya dalam hidup, saya hilang dara.
Tetapi apa yang merisaukan remaja ini adalah kerana guru tersebut merupakan suami orang malah memiliki tiga orang anak. Meskipun remaja ini mengenali isteri lelaki terbabit tetapi dia tidak memiliki keberanian untuk menceritakan perkara sebenar.
Cuma yang saya risau cikgu saya tu dah kahwin dan ada anak 3 orang. Kami terlanjur sebab hujan waktu tu. Saya kenal isteri dia cuma saya tak berterus terang.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada wargamaya yang rata-ratanya terkejut kerana anak muda itu berani melakukan perbuatan terkutuk itu lebih-lebih lagi dengan lelaki yang sudah berkahwin.
Dalam pada itu, mereka sempat menasihati para ibu bapa agar mengawasi aktiviti anak-anak selain mengambil berat terhadap keadaan sekeliling termasuk dengan siapa anak-anak berkawan.