Pelakon, Sharnaaz Ahmad memberikan penjelasan selepas kenyataannya mengenai hubungannya dengan pelakon jelita, Amelia Christie disalah anggap oleh sesetengah pihak di media sosial.
“Aku Rasa Korang Salah Faham Ni..”
Sharnaaz melalui hantaran di Insta Stories, menyatakan bahawa orang ramai salah faham dengan kenyataannya kepada media tempatan bahawa sejak awal dia tidak pernah mengesahkan hubungannya dengan Amelia.
“Aku rasa korang salah faham ni. Apa yang aku jawab tu untuk wartawan. Bukan untuk korang di luar sana. Dari awal pun aku tak pernah mengesahkan tentang aku dan Amelia. Macam mana nak kata putus? Jadi pada yang tahu dan nampak aku dengan Amelia, yang tahu, cukuplah. Nak sebarkan bukan cara aku.” – jelas Sharnaaz
Menghormati Pertanyaan Pihak Wartawan
Sharnaaz menambah, dia hanya mencuba memberi jawapan yang sehabis baik terhadap soalan yang diajukan oleh wartawan pada masa itu, serta berharap agar isu yang sedang hangat ini dihentikan sahaja.
“Wartawan bertanya, aku cuma menjawab dengan penuh rasa bertanggungjawab kepada semua. Takkan nak marah pula. Dan aku harap perkara ini berhenti di sini sahaja. Berikan doa yang baik untuk aku, Amelia, dan semua orang kita.”
Sekadar info, Sharnaaz Ahmad pernah berkahwin dengan Noor Nabila pada Mac 2017, sebelum memutuskan untuk berpisah pada Julai 2020. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.
Apa pendapat anda?