Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPaling Tepat! Sebab Ini Dermatologi Suruh Cuci Muka Cara ‘Circular Motion’

    Paling Tepat! Sebab Ini Dermatologi Suruh Cuci Muka Cara ‘Circular Motion’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bagaimana cara anda mencuci muka? Setiap kali kita menonton video rutin penjagaan wajah selebriti, mereka mengesyorkan mencuci dengan cara ‘circular motion’. Terfikir juga cara ini lebih baik ke, nak dibandingkan dengan cara lain? Buat kulit lagi bertambah bersih?

    Adakah langkah minimum ini memberi kesan yang besar pada perubahan kulit?

    Menghilangkan Lebih Banyak Bakteria

    Kenapa pakar kecantikan menggunakan gerakan membulat ketika mencuci muka adalah kerana kulit lebih lembut, menghilangkan bakteria dengan lebih menyeluruh, mengurangkan jerawat dan merawat kulit bermasalah.

    Mencuci muka dengan gerakan bulat membantu menyingkirkan bakteria dengan lebih berkesan daripada tenik mencuci yang lain.

    Foto – Vogue

    Apabila kita menggosok kulit, ini sebenarnya boleh memberi kesan kepada kulit. Menggosok, menggunakan kain kasar dan bertekstur, atau menggosok kulit secara agresif sebenarnya boleh menyebabkan kulit rosak, menyebabkan bakteria meresap ke dalam kulit dan bukannya dibuang.

    Oleh kerana itu, ia mengakibatkan jerawat, bintik hitam, dan kulit jadi kemerahan dan iritasi. Selain itu, pembersihan yang terlalu agresif juga dapat meregangkan kulit dan mengakibatkan kedutan.

    Apabila kita menggunakan kaedah gerakan membulat, kita dengan berhati-hati dan lembut membunuh bakteria jahat yang ada di kulit, dan membersih sepenuhnya.

    Cara Cuci Muka Yang Betul Bagi Mendapatkan Kulit Berkaca

    Semasa mencuci muka, pastikan terlebih dahulu bahawa anda mempunyai tangan yang bersih dan kulit muka yang bersih. Aplikasi air dan produk ke tangan lalu sapu ke muka.

    Sebaiknya gosokkan produk pembersih ke seluruh muka dan leher dengan ringan, kemudian gunakannya dengan teknik mencuci muka gerakan bulat.

    Foto – Watson

    Ingat, kerana kulit muka lebih sensitif, penting untuk tidak menggosok, atau memberi tekanan pada kulit ketika mencuci. Ia mestilah gerakan melingkar yang ringan, lembut, hampir mengurut produk ke setiap kulit. Bilas dengan air sejuk atau suam dan keringkan.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts