Perhatian kepada BTS ARMY! Pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing the Stars) yang sangat dinanti-nantikan akan membuat hentian yang pertama di dunia di Pavilion Bukit Jalil bermula 1 Disember hingga 10 Mac 2024.
Menceritakan Perjalanan BTS
Dianjurkan oleh THE FACT MUSIC AWARDS dan direka oleh APOLLON STUDIO, ‘B★VERSE’ bukan sekadar pameran; ia menceritakan perjalanan BTS yang penuh memori dari 2020 hingga 2022.
Idea yang diinspirasikan daripada ‘THE FACT BTS PHOTOBOOK SPECIAL EDITION’ ini mengandungi pelbagai gambar sempena penampilan mereka di THE FACT MUSIC AWARDS 2020.
Pameran ini akan membawa pengunjung ke lapan sesi yang eksklusif di mana setiap satu akan menawarkan visual dan aktiviti yang istimewa, termasuk Bilik VR, Terowong Orbital, BTS Universe, 7 Planets, ARMY Way, Pemetaan Unjuran Imersif, Produk BTS, dan Zon Foto.
Kedua-dua Bilik VR dan Pemetaan Unjuran Imersif dilengkapi dengan sistem audio seperti konsert untuk mendengarkan lagu-lagu popular BTS untuk pengalaman yang lagi mengasyikkan.
Mengenali Lebih Mendalam Setiap Ahli BTS
Manakala 7 Planets menawarkan pengalaman yang lain daripada yang lain di mana setiap bilik mewakili setiap ahli BTS, dan pengunjung berpeluang untuk meneroka dunia dan ekspresi artistik setiap ahli, serta bagaimana keperibadian mereka menyumbang kepada identiti kolektif kumpulan.
Jualan tiket pameran ini telah mendapat sambutan hangat dan peminat daripada semua peringkat umur sedang berebut untuk mendapatkan tiket mereka.
Boleh Dapatkan Tiket Secara Dalam Talian
Ejen tiket rasmi, Ticket2u, para peminat boleh mendapatkan tiket untuk melangkah masuk ke BTS Universe pada harga serendah RM88 untuk tiket normal hari minggu dan RM98 untuk tiket normal hujung minggu.
Harga eksklusif ini hanya terpakai sepanjang tempoh promosi dari 1 Disember 2023 sehingga 17 Disember 2023.
Selain itu, peminat yang membeli tiket pameran juga akan menerima hadiah percuma termasuk Ziplock pouch, lencana bintang ARMY yang dikendalikan bateri, dan kad foto yang dipilih secara rawak.
Untuk menyempurnakan lagi pengalaman B★VERSE, para ARMY juga boleh membeli produk edisi terhad di pameran tersebut, seperti Fail BTS, Poskad BTS, Kalendar 2024, Risalah, Beg Tote dan Kemeja-T.