Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPandai Berenang Dan Ada Lesen Menyelam, Anna Jobling Tetap Gementar Belakon Dengan...

    Pandai Berenang Dan Ada Lesen Menyelam, Anna Jobling Tetap Gementar Belakon Dengan Maya Karin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon muda berbakat, Anna Jobling, bakal membawa cabaran besar dalam karier lakonannya apabila disahkan akan membintangi filem “Duyung: Legenda Aurora,” sekuel kepada filem “Duyung” yang pernah mencipta fenomena 16 tahun lalu.

    Anna, yang akan memegang watak sebagai anak kepada Putri, karakter yang popular dihidupkan oleh aktres terkenal, Maya Karin, tidak dapat menyembunyikan perasaan gentarnya.

    Anna, atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman Jobling, 24, mengakui bahawa membawa watak duyung adalah satu tanggungjawab besar, terutamanya dalam filem yang menjadi francais ikonik di Malaysia.

    “Saya memang sangat gementar nak bawa watak duyung, apatah lagi filem ini merupakan francais *Duyung* yang menjadi fenomena satu ketika dahulu. Saya pula bawa watak anak kepada Maya Karin memang satu tanggungjawab yang sangat besar,” ujar Anna.

    Namun begitu, perasaan teruja tetap mengiringi kegusarannya, terutama apabila Anna berpeluang untuk menunjukkan kemahiran berenangnya, satu kelebihan yang jarang dimiliki oleh pelakon lain.

    Menariknya, Anna bukan sekadar pelakon biasa. Sebelum menceburi bidang lakonan, Anna pernah mewakili Selangor dalam sukan renang, dan kini bakat tersebut akan digunakan sepenuhnya dalam penggambaran filem ini.

    “Saya memang suka duyung, semasa kecil dahulu saya pernah berangan nak jadi duyung. Akhirnya, impian saya tercapai. Lagi pun dapat juga saya gunakan kemahiran berenang dalam filem itu. Saya tak pasti kalau ada yang tahu atau tidak tetapi saya pernah menjadi wakil Selangor bagi sukan renang,” jelasnya.

    Menyentuh soal pemakaian yang pastinya menjadi perhatian ramai, Anna meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pihak produksi. Dia yakin mereka akan memastikan segala persiapan berjalan lancar dan pakaian yang dipakai sesuai dengan watak tanpa menimbulkan sebarang kontroversi.

    ALSO READ:  “Terkhayal Dengan Duniawi, Saya Yang Gagal”- Idzham Ismail Akui Gagal Didik Isteri Punca Bercerai

    “Saya rasa produksi tahu mereka nak buat apa. Saya rasa, mereka pun tidak mahu orang kecam cerita ini. Kalau saya tak selesa, saya akan beritahu pada produksi tetapi kita pun dah buat ukuran semua, alhamdulillah,” katanya dengan penuh keyakinan.

    Filem yang diarahkan oleh Datuk Prof Ts. Dr A. Razak Mohaideen ini dijangka memulakan penggambaran pada 13 September hingga 13 Oktober di lokasi-lokasi indah seperti Pulau Langkawi, Pulau Payar, Lembah Klang, dan Putrajaya.

    Para peminat pastinya tidak sabar untuk melihat bagaimana Anna Jobling menghidupkan watak duyung ini, dan sejauh mana dia dapat menandingi kehebatan Maya Karin yang sebelum ini menjadi ikon dalam filem “Duyung”.

    Filem ini dijangka akan menemui penonton pada suku ketiga tahun 2025, dan pastinya akan menjadi salah satu filem yang dinantikan ramai.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts