Bayangkan diri anda menikmati hidangan yang menggamit selera, dikelilingi keindahan alam semula jadi dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas yang megah.
Menawarkan Pengalaman Yang Luar Biasa
Sama ada untuk acara korporat atau makan tengah hari bersama rakan, Parkview Café di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menawarkan pengalaman menjamu selera yang luar biasa.
Terletak di Aras 1 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Parkview Café menawarkan pemandangan langit Kuala Lumpur yang menakjubkan dan kehijauan Taman KLCC seluas 50 ekar.
Dengan suasana yang sempurna untuk setiap jenis majlis, kafe ini menampilkan menu yang mempamerkan kekayaan warisan masakan Malaysia.
Mengutamakan Kelestrian
Fokus kepada bahan-bahan segar dan tempatan, Parkview Café juga mengutamakan kelestarian dengan menyokong petani dan pembekal tempatan.
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermatlamat untuk mencipta lebih daripada sekadar tempat makan.
Dengan kapasiti untuk 120 orang untuk makan dan 70 orang untuk acara, Parkview Café menyediakan ruang serbaguna yang mesra untuk berbagai jenis majlis.
Meningkatkan Reputasi
Sama ada untuk makan tengah hari santai, acara korporat atau majlis sosial, kafe ini menawarkan susun atur fleksibel dan perkhidmatan luar biasa.
Menambah lagi tarikan, Parkview Café turut meningkatkan reputasi Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sebagai destinasi utama untuk acara perniagaan dan sosial.
Dengan pemandangan yang menakjubkan dan perkhidmatan cemerlang, kafe ini memberikan pengalaman makan dan acara terbaik di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan, kunjungi laman web Pusat Konvensyen KL atau ikuti mereka di Facebook dan Instagram.