Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPasangan Bawa Bayi 11 Bulan Naik Motor Mengaku Belum Bernikah, Imam Masjid...

    Pasangan Bawa Bayi 11 Bulan Naik Motor Mengaku Belum Bernikah, Imam Masjid Tampil Perjelas Cerita Sebenar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    bayi berusia 11 bulanbayi berusia 11 bulan

    Sejak beberapa hari lalu, kisah seorang bayi berusia 11 bulan yang dikendong ibunya menaiki motor untuk dibawa ke hospital telah mendapat perhatian ramai pihak. Pun begitu, ada pula cerita kurang manis yang timbul.

    Belum bernikah

    bayi berusia 11 bulanbayi berusia 11 bulan

    Terbaharu, seorang lelaki yang mengaku imam Masjid Al-Makrufi, Alor Setar mendakwa status ibu bapa bayi berkenaan adalah bukan suami isteri dan mendakwa mereka belum bernikah.

    Malah, imam itu meragui status bayi yang menghidap masalah paru-paru kronik itu sama ada dia anak tidak sah taraf atau sebaliknya.

    Saya mahu menerangkan situasi sebenar yang status pasangan itu bukan suami isteri. Mereka belum berkahwin dan masih dalam proses untuk berkahwin.

    Bagaimanapun penjelasan saya ini tidak mahu melibatkan anaknya yang sedang sakit kronik itu.

    Video saya ini hanya mahu menerangkan status pasangan itu dan status bayi itu yang masih tidak diketahui sama ada sah taraf atau tidak.

    Pihak kami telah memberi arahan kepada pasangan itu agar tidak duduk sekali di rumah. Kami juga berharap orang ramai menyelidik terlebih dahulu.

    Sementara itu, memetik laporan tempatan, bapa bayi tersebut yang dikenali sebagai Mohd Azlan Ishak, 36, mengaku belum bernikah dengan pasangannya, Norhidayu Halim, 35.

    Bagaimanapun kata Azlan, mereka dalam proses untuk menghalalkan hubungan dalam masa terdekat.

    Dalam pada itu, Azlan turut menafikan Norhidayu berstatus isteri orang seperti mana didakwa segelintir pihak.

    Terdahulu, tular sepotong video memperlihatkan seorang bayi yang sedang menggunakan alat bantuan pernafasan dikendong seorang wanita menaiki motor menuju ke hospital.

    Mereka dikatakan mengalami masalah kewangan dan tidak mampu untuk menaiki teksi.

    Malah, kisah tersebut turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    ALSO READ:  Sempena Sambutan Maulidur Rasul, Hafiz Hamidun Lancar Lagu ‘Raudah’

    Video

    @aduanrakyatkualakedah Kali ketiga kami post video ini, ada pihak dari belah “sana” yang report video kami post untuk memberitahu kebenaran sebenar mengenai keluarga ini. Jangan anggap kami mengalah, sudah-sudahlah nak tpu rakyat Malaysia. Tidak lama pun nak tpu,akhirnya terkantoi juga..#fyp??viral #kualakedah #isurakyat #prihatin #beranda #fyp #alorsetar #masjidalmaarufi #teammasjid #zyxcba #kedahdarulaman #isusemasa #lawantetaplawan ? Powerful songs like action movie music – Tansa

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts