Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPatimah Ismail Syukur Tahap Kesihatan Makin Baik, Tak Sabar Nak Beraya Dengan...

    Patimah Ismail Syukur Tahap Kesihatan Makin Baik, Tak Sabar Nak Beraya Dengan Puteri Sarah & Anak-Anak Syamsul

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Patimah IsmailPatimah Ismail

    Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan tahap kesihatan isteri kepada pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail berada dalam keadaan kurang baik.

    Kesihatan makin baik

    Patimah IsmailPatimah Ismail

    Terbaharu, Patimah ketika ditemui mengakui kesihatannya bertambah baik sepanjang melalui bulan Ramadan pada tahun ini.

    Katanya, dia juga tidak lagi duduk di rumah dan mampu untuk mengikuti suaminya menghadiri undangan ke beberapa majlis.

    Alhamdulillah, tahun ini saya lebih sihat. Boleh hadir banyak acara dengan datuk. Tahun lepas saya memang berkurung di rumah, dengan apa yang berlaku. Tapi Alhamdulillah, tahun ini saya gembira balik.

    Patimah berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2024 yang diadakan di Le Meridein Hotel, Petaling Jaya, pada Rabu.

    Sementara itu, disoal mengenai sambutan hari raya, ibu kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof itu berkata tahun ini akan dimeriahkan dengan kehadiran menantu, anak dan cucu-cucu yang akan pulang ke rumahnya.

    Cucu-cucu selalu balik. Anak-anak Syamsul, selalu balik rumah saya. Setiap minggu cuti sekolah mereka datang. Begitu juga Puteri Sarah.

    Sementara itu, Yusof Haslam berkata dia mengharapkan orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat keluarganya dan menyifatkan konflik yang berlaku sebelum ini sebagai satu ujian,

    Insya-Allah mudah mudahan. Dengan menyambut Hari Raya Aidilfitri, segalanya berjalan dengan baik. Apa pun semangat juang kena kuat.

    Perjuangan dalam kehidupan kena teruskan selagi kita sihat. Segala yang baik datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada kita.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts