Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPatutlah Makin Lama Makin Cantik, Rupanya Ini 5 Rahsia Kecantikan Ramona Zamzam!

    Patutlah Makin Lama Makin Cantik, Rupanya Ini 5 Rahsia Kecantikan Ramona Zamzam!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sudahlah cantik, pandai dan berbakat pula tu. Memang cukup pakej!

    Sekali pandang memang tak akan percaya aktres, Ramona Zamzam ini sudah mempunyai seorang anak. Walaupun usia sudah mencecah 33 tahun, kecantikan Ramona langsung tak pudar malah makin cantik dan langsing macam anak dara!

    Kalau kamu nak tahu, nak dapatkan wajah yang sangat cantik dan badan yang lansing, Ramona ada amalkan beberapa rahsia kecantikan seperti:

    Minum air dengan secukupnya 

    Menurut Ramona, air yang secukupnya sangat penting untuk dapatkan kulit yang cantik. Untuk sehari, minimum air yang perlu kamu ambil adalah sebanyak 2 liter.

    Tidur yang cukup sangat penting 

    Tidur sangatlah penting! Cuba dapatkan waktu tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6-8jam sehari. Tujuannya adalah untuk memberi kulit dan badan rehat dengan secukupnya.

    Kerap tukar sarung bantal dan cadar katil 

    Bila guna mata kasar, kawasan tempat tidur memang nampak bersih seperti tiada kotoran. Tetapi kalau kamu nak tahu, kawasan ini merupakan kawasan yang paling kotor dengan debu dan pepijat.

    Tukar secara berkala iaitu seminggu sekali atau tiga kali sebulan dan jangan pula tunggu sehingga setahun sekali baru nak tukar ye.

    Cuci muka dengan bersih dan betul 

    Kalau kamu nak tahu bila tak cuci muka dengan bersih dan betul, mekap, kotoran atau habuk di wajah akan terkumpul dan tersumbat dalam liang pori.

    “Mencuci saja tidak cukup. Tapi cuci sebersih-bersihnya. Ingatkan habis shooting balik rumah mandi cuci muka pakai facial wash saja dah cukup, Maka bermulalah kejadian masalah kulit yang amat teruk!”

    Bersenam & keluarkan peluh setiap hari

    Bagi Ramona, dia perlu mengeluarkan peluh setiap hari melalui aktiviti atau senaman yang dilakukannya. Tak kiralah berjalan, hiking atau bermain sukan kegemaran, asalkan peluh dapat dikeluarkan.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts