Pantone telah memilih ‘Peach Fuzz’ sebagai warna tahun 2024. Peach Fuzz satu rona yang menyegarkan dan pada yang sama mententeramkan serta elegan. Ia juga menawarkan aura keremajaan dan tidak tenggelam dek zaman. Senang kata, warna Peach Fuzz sebuah warna membangkitkan keselesaan.
Jika dilihat pada industri kecantikan, warna pic sudah sinonim pada produk bibir dan wajah. Ia sesuai untuk semua tona kulit. Ia membangkitkan kelembutan, elegan dan sering digunakan untuk teknik solekan semulajadi.
Kalau kamu sedang mencari warna pic untuk parti tahun baru nanti, berikut ada beberapa pilihan gincu yang menaikkan seri pada penampilan kamu. Masih nampak elegan walaupun bergaya natural.