Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPeduli Seks: Sasarkan 100,000 Kanak-Kanak, Spot Community Project Jalin Kerjasama Dengan ...

    Peduli Seks: Sasarkan 100,000 Kanak-Kanak, Spot Community Project Jalin Kerjasama Dengan & Seismik Di Roadshow Sekolah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Bersempena dengan pelancaran kempen ‘Kesedaran Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu’, OhBulan x Seismik telah menjalinkan kerjasama dengan Spot Community Project melaksanakan sesi roadshow ke sekolah-sekolah untuk memberi pendedahan tentang pendidikan seks.

    Kempen Kesedaran Seks

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by OHBULAN! (@official)

    Spot Community Project merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang melakukan aktiviti atau projek dimana agenda utamanya bagi memberi kesedaran kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak berkaitan pendidikan seks.

    Pada Isnin iaitu 4 November, Spot Community Project telah melakukan roadshow ke Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku (SKKT) dengan mengetengahkan ilmu tentang akil baligh. Sepanjang program berlangsung, Spot Community Project telah menyediakan pelbagai aktiviti termasuk kuiz berkaitan pendidikan seksual.

    Menurut Program Manager Spot Community, Alya Maryam memaklumkan bahawa SKKT merupakan sekolah ke-12 yang mereka jelajah pada tahun ini.

    Spot Community Project telah ditubuhkan sejak 2015 dan tahun hadapan genap 10 kami bertapak.

    Kami menyasarkan untuk memberi pendedahan kepada 100,000 kanak-kanak pada tahun 2030 dan sehingga tahun 2024, kami dah capai 30,000.

    Sementara menurut guru disiplin SKTT iaitu Encik Zakuan mengakui bahawa seperti ini sangat penting untuk memberi pendedahan kepada para pelajar.

    Pandangan saya, program seperti ini membantu kami guru-guru untuk memberikan penekanan dan penerangan kepada murid tentang isu ini.

    Saya harap lepas ini banyak lagi aktiviti seperti ini dibuat di sekolah dan mungkin juga boleh dilakukan bersama ibu bapa juga.

    Selain itu, Encik Zakuan turut berpendapat bahawa setiap individu termasuk guru dan ibu bapa perlu memainkan peranan masing-masing dalam memberi pendedahan dan kesedaran kepada anak-anak berkaitan pendidikan seks.

    ALSO READ:  Muat Naik Foto Puteri Sarah & Bella Astillah Di IG, Kapsyen Patimah Ismail ‘Mereka Yang Teraniaya Oleh Perampas’ Curi Tumpuan!

    Kempen ‘Kesedaran Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu’, yang bermula 1 November hingga 30 November ini bertujuan memupuk pemahaman dan keterbukaan mengenai isu-isu seksualiti, terutamanya dalam kalangan komuniti Melayu.

    Sebuah mikrosite khas di says.com/peduliseks disediakan yang akan bertindak sebagai pusat digital kempen ini. Laman tersebut akan mengandungi pelbagai maklumat kempen, termasuk ruang untuk berkongsi cerita secara anonim dan kerjasama dengan NGO yang berkaitan.

    Dengan hashtag #PeduliSeks, kempen ini juga akan memanfaatkan platform media sosial bagi meningkatkan interaksi dan menjangkau lebih ramai masyarakat.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts