Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPeguam Beri Penjelasan Mengenai Perbezaan Kes Tuntutan Perceraian & Kes Pengesahan Lafaz...

    Peguam Beri Penjelasan Mengenai Perbezaan Kes Tuntutan Perceraian & Kes Pengesahan Lafaz Cerai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Di Instagram, seorang peguam yang dikenali sebagai Ahmad Fuad Borhan, tampil berkongsi sedikit ilmu mengenai perbezaan kes tuntutan perceraian dan kes pengesahan lafaz cerai.

    Bukan itu sahaja, Fuad turut berkongsi mengenai fakta umum kes perceraian pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof dan bekas isterinya iaitu Ira Kazar, semalam.

    Perbezaan kes tuntutan perceraian & kes pengesahan lafaz cerai

    Menurut Fuad, tuntutan perceraian bermaksud sama ada salah satu atau kedua-dua pihak berhasrat mahu bercerai, jadi salah seorang atau kedua-duanya sekali boleh pergi ke mahkamah dan membuka fail untuk tuntut cerai.

    Manakala pengesahan lafaz cerai pula bermaksud, apabila timbul suatu lafaz cerai di luar mahkamah, pihak-pihak akan disiasat oleh YA Hakim untuk mahkamah tentukan sama ada wujud atau tidak lafaz cerai berkenaan dan sama ada sabit atau tidak lafaz cerai tersebut.

    Kerana itu, apabila telah berlaku lafaz cerai di luar mahkamah, kes pengesahan lafaz cerai perlu didengari terlebih dahulu berbanding tuntutan perceraian.

    Tambah Fuad, pengesahan lafaz cerai perlu difailkan di mahkamah kerana supaya tidak timbul lagi sebarang keraguan dalam perkahwinan.

    Hanya YA Hakim Mahkamah Syariah sahaja yang boleh tentukan keesahan sesuatu lafaz cerai.

    Menerusi posting berasingan, Fuad turut berkongsi fakta umum kes perceraian Syamsul dan Ira semalam, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

    Kes semalam ialah pengesahan lafaz cerai difailkan plaintif, Faghira Fatini. Defendan pula, Syamsul Yusof. Berbeza dengan kes di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sebelum ini, iaitu tuntutan perceraian.

    Prosiding di mahkamah hari ini tidak ada kaitan sama ada defendan ada lafaz cerai atau tidak di dalam mahkamah, tetapi prosiding siasatan sama ada wujud atau tidak lafaz cerai taklik yang dibuat oleh defendan di luar mahkamah.

    Keputusan YA Hakim, lafaz cerai taklik di luar mahkamah tanpa kebenaran itu sah.  Wujud pelanggaran taklik. Pihak-pihak disabitkan bercerai.

    Di akhir posting, Fuad berharap netizen dapat mempelajari sesuatu berhubung kes ini.

    Pertama, apabila ada lafaz cerai yang dibuat di luar mahkamah, perlu untuk failkan pengesahan lafaz cerai terlebih dahulu berbanding tuntutan perceraian.

    Kedua, lafaz cerai yang dibuat di luar mahkamah tanpa kebenaran adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman.

    ALSO READ:  [VIDEO] Rozie Othman Syukur Doa Di Tanah Suci Termakbul – ‘Dulu Selalu Pesan Tak Nak Syasya Pakai Menjolok Mata’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts