Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPeguam Ira Sahkan Syamsul Ada Buat Beberapa Tuntutan, Pulangkan Beberapa Perkara ...

    Peguam Ira Sahkan Syamsul Ada Buat Beberapa Tuntutan, Pulangkan Beberapa Perkara – ‘Kami Tak Setuju Kerana Ia Diberikan Dalam Perkahwinan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengarah sensasi, Syamsul Yusof difahamkan telah membuat beberapa tuntutan terhadap bekas isterinya, Ira Kazar.

    Pulang beberapa perkara

    Perkara itu dimaklumkan peguam syarie yang mewakili Ira iaitu Mohammad Fadhil Abdul Razak, yang mengesahkan Syamsul selaku plaintif ada meminta anak guamnya memulangkan beberapa perkara.

    Walau bagaimanapun, pihaknya tidak bersetuju untuk berbuat demikian memandangkan beberap perkara itu diberikan kepada Ira semasa dalam perkahwinan.

    Ya pihak sana ada meminta beberapa tuntutan semula ke atas anak guam saya (Ira).

    Tetapi kami tidak bersetuju memandangkan perkara itu berlaku semasa dalam perkahwinan.

    Kami bukan tidak mahu bersetuju, tetapi dari segi hukum syarak sudah dinyatakan bahawa apa yang sudah diberikan, tidak akan dipulangkan semula.

    Walau bagaimanapun, Mohammad Fadhil memaklumkan bahawa pihaknya ada memberikan beberapa cadangan bagi menyelesaikan hal itu.

    Namun, masih belum ada kata putus daripada kedua-dua belah pihak.

    Memandangkan tuntutan ini dibuat di luar mahkamah, pihak kami telah membuat perbincangan dengan pihak Syamsul.

    Tetapi keputusan tuntutan itu belum disahkan lagi. Bagaiamanapun, buat masa ini saya tidak boleh hendak mendedahkan apa dalam tuntutan tersebut demi menghormati kedua-dua belah pihak.”

    Mohammad Fadhil berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada petang Rabu.

    Ira ‘no comment’

    Sementara itu, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan daripada bekas suaminya itu.

    Saya tidak mahu komen. Kita hadap (berdepan) sahaja. Saya takut nanti saya cakap, orang akan salah tafsir.

    Terdahulu, Ira hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi prosiding tuntutan kos kehadiran daripada bekas suaminya, Syamsul Yusof.

    Pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Buat Mimik Muka Lucu Raih Perhatian Ramai!

    Syamsul dan Ira kemudiannya disahkan bercerai oleh mahkamah pada hari yang sama.

    Menurut peguam syarie yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, Ira melanggar taklik sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu.

    Imbas kembali, Syamsul mengejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 16 Ogos lalu atas sebab tiada persefahaman.

    Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

    Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts