Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPeguam Puji Tindakan Ali Puteh Jual Barangan Peribadi Untuk Bayar Hutang

    Peguam Puji Tindakan Ali Puteh Jual Barangan Peribadi Untuk Bayar Hutang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Umum mengetahui, pelawak Ali Puteh berjaya mengumpul RM75,000 selepas menjual barangan peribadi miliknya untuk melangsaikan segala tuntutan saman kepada balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Hamzah.

    Peguam puji tindakan Ali

    @shada_mazan Ali Puteh Jual Aset, Isteri Menangis. #peguam #aliputeh #ali #abam #abambocey #peguamjohorbahru #info #fyp #hartapusaka #samanfitnah #saman ? original sound – Lawyer Nur Shuhadah

    Tindakan pelawak berusia 35 tahun itu turut mendapat perhatian seorang peguam yang dikenali sebagai Nur Shuhadah.

    Menerusi video di TikTok, Shuhadah berpendapat tindakan Ali yang sanggup menjual barangan peribadinya wajar dipuji.

    Ini kerana, dia sanggup kehilangan harta benda hanya semata mahu melangsaikan tuntutan saman yang diperintahkan kepadanya.

    Ali Puteh pernah buat silap apabila dia memfitnah kakak ipar dia dan dia sudah pun menerima balasan atas perbuatan dia.

    Sebagai balasan, dia kalah kes mahkamah dan perlu membayar sejumlah pampasan kepada Nor Hidayah.

    Ali juga memaklumkan bahawa anak dia diejek di sekolah bahkan sewaktu berniaga di siaran lansung juga ada yang mengatakan dirinya makan harta anak yatim.

    Saya percaya dia berdepan dengan stres dan mengambil keputusan drastik untuk menjual harta dan aset untuk selesaikan hutang dan bersihkan nama dia.

    Bagi saya ini sesuatu yang kita patut puji kerana keputusan untuk menjual harta benda yang banyak kenangan merupakan satu keputusan yang berat.

    Tambah Shuhadah, tindakan Ali itu juga mungkin boleh menjadi asbab kepada perubahan yang akan berlaku di dalam hidupnya sekeluarga.

    Mungkin selepas ini hidup Ali akan berubah dan hanya Allah yang Maha mengetahui dan mungkin juga Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik buat Ali dan sekeluarga di masa akan datang.

    Manusia tak pernah lari dari kesilapan tetapi dalam hal ini Ali sedar dan insaf serta berazam untuk berubah, jadi tahniah kepada Ali.

    Di akhir videonya, Shuhadah menitipkan pesan buat segelintir netizen untuk tidak lagi mengeluarkan kata kecaman kepada Ali dan menjadikan perkara tersebut sebagai pengajaran.

    ALSO READ:  Akaun Media Sosial Dr Halina Kena ‘Serang’, Didakwa Terlibat Jadi Testimoni Kes Adik Di Ireland

    Terdahulu, tular video memaparkan isteri kepada pelawak Ali Puteh iaitu Melati Fitri Abdullah gagal menahan air mata apabila perlu melepaskan harta peribadi miliknya dan suami kepada pemilik baharu.

    Walau bagaimanapun tindakan Melati itu disalah erti oleh segelintir netizen yang menganggap dirinya cuba meraih simpati selepas menjual barangan tersebut.

    Sekadar info, Ali terpaksa menjual motosikal jenis RXZ berwarna merah dan kereta Honda Accord berwarna putih miliknya bagi mendapatkan wang untuk membayar tuntutan saman kakak iparnya, Hidayah.

    Selain itu, Ali turut menjual tujuh trofi yang pernah dimenanginya sewaktu menyertai beberapa pertandingan realiti televisyen satu ketika dahulu.

    Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada balu Abam Bocey, Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata yang mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts