Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPeguam ‘Reveal’ Kisah Sebenar Lelaki Beristeri Tiga? – ‘Isteri Ketiga Dinikahi Di...

    Peguam ‘Reveal’ Kisah Sebenar Lelaki Beristeri Tiga? – ‘Isteri Ketiga Dinikahi Di Thailand Tanpa Restu Wali & Keluarga’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini tularnya kisah mengenai seorang lelaki yang mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dan hidup berpoligami menerusi satu hantaran di Facebook.

    Perkongsian itu telah mencuri perhatian wargamaya kerana lelaki tersebut memaklumkan bahawa perkahwinan ketiganya itu telah mendapat restu daripada kedua-dua isteri.

    Ada plot twist?

    Namun begitu, tular pula satu dakwaan yang dibuat peguam Asiah Abd Jalil mengenai kisah perkahwinan lelaki itu menerusi hantaran di Facebook.

    Dakwa Asiah, pernikahan lelaki tersebut bersama isteri keduanya sebelum ini dikatakan telah mendapat restu dan izin isteri pertama.

    Namun, dakwanya perkahwinan tersebut tidak mendapat restu dari wali serta keluarga isteri kedua.

    Isteri pertama ada tiga orang anak dan isteri pertama rela bermadu.

    Isteri kedua dinikahi pada 2021 tanpa restu daripada wali dan keluarga. Sebelum bernikah, isteri kedua lari dari rumah berbulan-bulan tanpa khabat berita.

    Suami failkan permohonan wali enggan di mahkamah syariah dan akhirnya berjaya menikahi isteri kedua. Isteri kedua kini sedang hamil.

    Perkahwinan ketiga juga tanpa restu?

    Gambar sekadar hiasan

    Dakwa Asiah lagi, perkahwinan lelaki itu bersama isteri ketiganya juga berlaku tanpa restu wali serta keluarga selepas mereka bernikah di Thailand setahun yang lalu.

    Isteri ketiga dinikahi di Thailand tanpa restu daripada wali dan keluarga dan pernikahan sudah hampir setahun.

    Majlis perkahwinan isteri ketiga diadakan baru-baru ini sekadar nak tutup cerita fasal kahwin lari di Thailand kononnya isteri-isteri reda dan ‘support’ madu tiga.

    Isteri pertama dan isteri ketiga disuruh tinggal serumah, (manakala) isteri kedua disuruh tinggal di kedai milik suami.

    Giliran bermalam para isteri, ikut suka hati suami. Adil tak adil, jangan persoal.

    Di akhir perkongsian, peguam berkenaan turut mendakwa bahawa isteri kedua pernah diceraikan lelaki tersebut menerusi aplikasi WhatsApp sebelum mereka kembali rujuk.

    ALSO READ:  [VIDEO] Ini Antara Realiti Cabaran Komuniti OKU Pendengaran Dalam Dunia Pekerjaan di Malaysia

    Bukan itu sahaja, isteri kedua itu juga didakwa pernah dipukul lelaki berkenaan bersama isteri pertamanya.

    Terdahulu, tular mengenai perkongsian seorang lelaki yang begitu teruja dan berterima kasih pada isteri pertama dan kedua kerana telah bertungkus lumus menyiapkan majlis pernikahannya bersama isteri ketiga.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts