Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPelajar Malaysia Terkorban Di New Zealand Rupanya Sepupu ‘Influencer’ Elcah – ‘Macam...

    Pelajar Malaysia Terkorban Di New Zealand Rupanya Sepupu ‘Influencer’ Elcah – ‘Macam Tak Percaya, Baik Sangat Budaknya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    ElcahElcah

    Baru-baru ini, media melaporkan berita mengenai dua orang pelajar Malaysia yang telah terkorban dalam kemalangan jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand.

    Pelajar maut di New Zealand

    ElcahElcah

    Bagaimanapun, siapa sangka bahawa salah seorang pelajar yang terkorban iaitu Wan Adlina Alisa sebenarnya merupakan sepupu kepada pempengaruh media sosial, Elcah.

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Elcah memberitahu dia dan ahli keluarganya terkejut apabila dimaklumkan mengenai berita tersebut. Namun, mereka reda dengan ketentuan Ilahi.

    Macam tak percaya tapi kami kena percaya! Tak apa, semoga Alisa ditempatkan dengan orang yang baik-baik di sana (akhirat). Kami semua sayangkan Wan Adlina Alisa.

    Saya nak minta semua pengikut untuk sedekahkan al-Fatihah buat sepupu saya.

    Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, Elcah berkata dia dan keluarga tidak menyangka akan menerima berita sedih itu dalam keterujaan mereka menyambut 10 malam terakhir Ramadan.

    Ya! Kita orang yang sepupu pun macam tak percaya apatah lagi ibu bapa arwah. Alisa muda dan baik sangat budaknya, tak nak menangis tapi rasa sebak sangat!

    Mengetahui perkara ini secara tiba-tiba, semua teruja mengenai 10 malam terakhir Ramadan tapi Allah tahu yang terbaik dan sebaik-baik perancang. We all love you Alisa.

    Terdahulu, Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kedua-dua pelajar maut dalam insiden itu pada jam 1.45 tengah hari waktu tempatan, Sabtu lalu.

    Menurut kenyataan itu, nahas berkenaan membabitkan lima penuntut Malaysia dan mangsa yang cedera diterbangkan ke Hospital Christchurch, South Islands.

    Pelajar yang meninggal dunia ialah Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni dan Wan Nur Adlina Alisa, kedua-duanya adalah penuntut University of Canterbury.

    ALSO READ:  Fasi Buat ‘Prank Birthday’ Mohon Maaf & Akui Kesilapan – ‘Kita Satu Keluarga, Semoga Minggu Orientasi Ini Jadi Kenangan’

    Mangsa yang cedera ialah Nur Firas Wafiyyah dan Lya Issable Walton, juga penuntut Universiti of Canterbury, manakala Muhamad Faris Mohd Fairusham adalah penuntut Victoria University of Wellington.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts