Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPelajar Maut Kemalangan Sempat Hadiahkan Kek & Sejadah Sempena Hari Jadi Ibu...

    Pelajar Maut Kemalangan Sempat Hadiahkan Kek & Sejadah Sempena Hari Jadi Ibu – ‘Saya Kata Mahal Ini Aqif’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Ibu kepada Megat Ashman Aqif, pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan di Lake Tekapo, New Zealand pada Sabtu, iaitu Noor Aishah Abdul Latif memaklumkan anaknya itu sempat menghadiahkan kek dan telekung buatnya sebagai kejutan hari jadi.

    Hadiahkan kek dan telekung

    Memetik laporan Harian Metro, Aishah memaklumkan anaknya yang mesra disapa Qif itu memberikan hadiah istimewa tersebut buatnya pada 12 Mac lalu dengan menggunakan perkhidmatan kurier.

    Arwah buat kejutan, dia hantar kek dan telekung. Saya kata, ‘Mahal (hadiah) ini Qif, jauh-jauh simpan duit banyak nak pakai kat saya’. Dia jawab, ‘tak mengapa ibu, tak mengapa’.

    Baru ini dia beritahu, ‘Aqif ada kirim duit sikit dekat ibu’. Saya kata, ‘Kenapa Aqif bagi dekat ibu? Sepatutnya ibu yang bagi pada Aqif’.

    Dia kata, ‘Aqif nak berkat, ibu doakan Aqif ya’. Dia memang anak yang baik, apa-apa dia akan jawab, ‘Ya ibu… Ya ibu.’

    Arwah hubungi saya pada Selasa lalu menerusi panggilan video di WhatsApp.

    Dia kata akan menduduki peperiksaan pada Khamis dan minta saya doakan dia.

    Tambah suri rumah itu lagi, kali terakhir mereka bertemu adalah pada Julai tahun lalu ketika menghantarnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambung pengajiannya dalam bidang perdagangan di University of Canterbury.

    Arwah rajin bersembang (dengan saya). Sepanjang belajar di sana, dia hubungi saya setiap minggu dan bercerita aktivitinya.

    Kadang-kadang hampir sejam kami bersembang jadi, kita tak rasa dia jauh.

    Sedih, Allah pinjamkan dia selama 21 tahun dan ambil semula dia dalam bulan Ramadan.

    Dalam pada itu, Noor Aishah memaklumkan dirinya mengetahui mengenai berita kehilangan anaknya itu daripada suaminya, Megat Irman Jefni Megat Khas Hussaini kira-kira 11 pagi Sabtu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Alejandro Garnacho & Andre Onana Ucap ‘Get Well Soon’ Buat Faisal Halim – ‘Stay Strong, We Are With You’

    Terdahulu, Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington mengesahkan lima pelajar Malaysia terlibat dengan kemalangan di Lake Tekapo pada jam 1.45 tengah hari waktu tempatan.

    Selain Megat Ashman Aqif, seorang lagi pelajar Malaysia iaitu Wan Nur Adlina Alisa disahkan turut maut di lokasi kejadian, manakala tiga lagi pelajar iaitu Nur Firas Wafiyyah, Lya Issable Walton dan Muhamad Faris Mohd Fairusham mengalami kecederaan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts