Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPelajar Perempuan Ditendang Rakan Sekelas Di Kerongkong & Leher Kerana Enggan Kongsi...

    Pelajar Perempuan Ditendang Rakan Sekelas Di Kerongkong & Leher Kerana Enggan Kongsi Makanan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seorang pelajar perempuan di sekolah Buriram, Thailand cedera selepas ditendang di kerongkong oleh rakan sekelasnya.

    Menuntut keadilan

    Gambar sekadar hiasan

    Menerusi laporan Thaiger News, ketika kejadian, pelajar lelaki tersebut telah meminta makanan mangsa, namun gadis itu enggan memberi.

    Disebabkan berang, budak lelaki itu menendang mangsa di kerongkong dan leher sehingga berlaku pergelutan antara mereka dan menyebabkan baju budak lelaki itu koyak.

    Ibu gadis tersebut telah menuntut keadilan kerana menyebabkan anak perempuannya bengkak di bahagian leher, sakit dada dan muntah sehingga perlu dibawa ke dua buah hospital bagi mendapatkan rawatan

    Walau bagaimanapun, ibu bapa pelajar lelaki itu hanya menawarkan pampasan sebanyak 2,000 baht (RM266.43) dan menasihatkan keluarga gadis itu untuk mendapatkan tindakan undang-undang jika mereka mahukan lebih.

    Pihak sekolah telah menasihatkan ibu bapa untuk berunding secara peribadi, namun ibu bapa mangsa telahpun membuat laporan polis di Balai Polis Chaloem Phrakiat dan menghubungi media kerana bimbang berlaku ketidakadilan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts