Siapa masih ingat lagi watak Ibrahim dalam filem ‘Tentang Bulan’ yang menjadi satu fenomena pada tahun 2006 dulu?
Terbaharu, pelakon yang memegang watak tersebut iaitu Nasiruddin Nasir tampil berkongsi keadaan terkininya di TikTok.
‘Ibrahim Tentang Bulan’ makin kurus
@nasiruddinnasir97 Hahahahaha kasi chance lah. Road to 20 kg more ?? #nasiruddinnasir ? Mukamu Manis – Insos••HakunaMatata?
Menerusi perkongsian yang dibuat, Nasiruddin memuat naik foto dirinya yang ketika ini sedang dalam proses untuk mengurangkan berat badan.
Menurut Nasiruddin, dia berjaya menguruskan berat badan hasil daripada mengawal pengambilan minyak dan juga gula.
Nasiruddin turut mencuri perhatian netizen apabila memaklumkan dirinya berjaya mengurangkan berat badan selepas ‘membuang’ bekas kekasih daripada kehidupannya.
Hasil buang minyak, gula dan juga ‘ex’ (bekas kekasih).
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Nasiruddin dalam usahanya mengurangkan berat badan.
Netizen juga mula mengimbau kembali kenangan mereka sewaktu menonton lakonan Nasiruddin dalam filem ‘Tentang Bulan’ satu ketika dahulu.