Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPelakon ‘Harry Potter’ Dame Maggie Smith Meninggal Dunia Pada Usia 89 Tahun

    Pelakon ‘Harry Potter’ Dame Maggie Smith Meninggal Dunia Pada Usia 89 Tahun

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon yang terkenal dengan watak ‘Professor Minerva McGonagall’ menerusi filem antarabangsa ‘Harry Potter’ iaitu Dame Maggie Smith dilaporkan meninggal dunia di usia 89 tahun pada Jumaat.

    ‘Professor McGonagall’ meninggal dunia

    @official Maggie Smith menghembuskan nafas terakhir di hospital awal pagi Jumaat, 27 September. Sumber CNN # #fyp #news #maggiesmith #harrypotter #meninggaldunia ? suara asli – milenia – ulinnuha shop

    Memetik laporan portal The Guardian, berita pemergian Maggie itu diumumkan sendiri oleh dua orang anak lelakinya iaitu Chris Larkin dan Toby Stephens.

    Menurut Chris dan Toby, ibu tercinta merek itu menghembuskan nafas terakhir sewaktu mendapatkan rawatan di hospital.

    Ibu kami baru sahaja ‘pergi’ meninggalkan kami pada awal pagi 27 September.

    Kami bersyukur kerana dia ‘pergi’ dalam keadaan yang tenang.

    Dia meninggalkan dua anak lelaki dan lima cucu yang ketika ini sedang bersedih dengan berita kehilangan ibu dan nenek mereka yang hebat.

    Dalam pada itu, Chris dan Toby menitipkan ucapan terima kasih buat kakitangan hospital yang telah banyak membantu merawat ibunda tercinta mereka itu.

    Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih buat kakitangan hospital di Chelsea dan Westminster kerana telah menjaga ibu kami dalam keadaan yang sangat baik sepanjang hari-hari terakhirnya di sini.

    Kami juga berterima kasih atas doa dan sokongan orang ramai buat ibu kami dan berharap agar orang ramai menghormati privasi kami.

    Walau bagaimanapun, punca kematian wanita itu tidak didedahkan kepada umum.

    Sekadar info, Maggie disahkan menghidap barah payudara pada tahun 2007 sebelum disahkan pulih sepenuhnya daripada penyakit itu pada 2009.

    Setahun selepas pemergian ‘Dumbledore’

    Sementara itu, Maggie Smith dilaporkan meninggal dunia selepas genap setahun pemergian Michael Gambon yang terkenal sebagai watak ‘Professor Dumbledore’ menerusi filem ‘Harry Potter’.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Laungan Azan Ini Kan Untuk Seru Orang Bersolat’ – Razak Ahmad

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts