Baru-baru ini pelakon Korea Selatan, Lee Yi Kyung telah menjadi perhatian selepas muncul khabar angin dirinya telah pun jatuh muflis dan mempunyai hutang dengan ceti sebanyak 85 juta won (RM263,195.70).
Muncul sebagai tetamu di KBS CoolFM untuk rancangan ‘Park Myung Soo’s Radio Show’, Yi Kyung telah memberi penjelasan yang jujur mengenai keadaan semasanya.
View this post on Instagram
Pelakon ini memberitahu dia sedang bekerja keras dalam drama dan rancangan hiburan serta kini dia telah bertukar status menjadi penyanyi balada.
“Saya kini mempunyai empat projek rancangan hiburan yang sedang muncul. Saya sedang membuat dua rancangan huburan hujung minggu dan satu daripada dua drama telah tamat penggambaran semalam. Sekarang ada dua drama yang sedang menjalani penggambaran dan sambil itu saya juga buat lagu balada.”
Mendengar perkongsian Yi Kyung di rancangan tersebut, seorang pendengar mengesyaki pelakon tersebut sedang bekerja keras untuk membayar hutang (bon) dalam jumlah yang besar.
View this post on Instagram
Pada masa yang sama, Yi Kyung juga bercakap mengenai khabar angin dirinya berhutang. Menjelaskan situasi itu, pelakon itu memberitahu dia memasang niat untuk membantu rakannya membuka restoran ayam.
“Dia (rakan) benar-benar ikhlas dan dia mahu kehidupannya senang tetapi ia selalu tak menjadi. Jadi saya membantunya membuka restoran ayam, tetapi ia menjadi sejarah gelap dan menyakitkan dalam hidup saya. Saya akhirnya mempunyai hutang. Restoran itu berjalan dengan baik sekarang, kami mempunyai baki hutang 85 juta won. Jadi saya memutuskan untuk kami melangsaikannya bersama-sama.”