Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPelakon Lelaki Bertubuh Sasa Didakwa Tumbuk Mata & Badan Teman Wanita?

    Pelakon Lelaki Bertubuh Sasa Didakwa Tumbuk Mata & Badan Teman Wanita?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sekadar gambar hiasan

    Seorang pelakon lelaki bertubuh sasa didakwa membelasah kekasihnya dalam satu kejadian di sebuah kondominium di Damansara, semalam.

    Tumbuk mata sebelah kiri dan badan

    Memetik laporan sumber Harian Metro,Ā pelakon filem box-office itu terlebih dahulu menghubungi kekasihnya itu untuk berjumpa sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka kira-kira jam 3.30 pagi.

    Difahamkan, dalam kejadian terbabit pelakon itu memukul mata dan badan wanita terbabit di dalam kereta miliknya.Ā Susulan daripada itu, wanita terbabit membuat laporan di balai polis berdekatan.

    Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaā€™afar@Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6 petang, semalam.

    Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.

    Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara kira-kira jam 4 pagi.

    Tambah Shahrulnizam, sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya.

    Tiba-tiba teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan.

    Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

    Untuk rekod, pelakon berusia 37 tahun ini pernah mencetuskan beberapa kontroversi dalam industri hiburan tanah air, sebelum ini.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts