Pelakon Korea Selatan iaitu Park Ji Ah yang pernah membintangi drama The Glory dilaporkan telah meninggal dunia, pada Isnin.
Park Ji Ah
Memetik laporan Koreaboo, aktres yang cukup berbakat itu dilaporkan bertarung nyawa melawan penyakitnya sebelum mengalami strok sehingga tidak sedarkan diri.
Mendiang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 52 tahun akibat infarct otak atau lebih dikenali sebagai strok iskemik.
Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh agensi yang mewakili mendiang iaitu Billions.
Billions akan sentiasa mengenang semangat yang dimiliki mendiang, kerana dia mencintai lakonan hingga ke akhir hayat. Sekali lagi, kami mengucapkan salam takziah.
Sementara itu, proses pemakaman mendiang akan berlangsung pada 2 Oktober di Pusat Perubatan Asan.