Sekadar gambar hiasan
Baru-baru ini, kecoh di media sosial khabar angin mengenai rumah tangga satu pasangan pelakon yang didakwa sedang bergolak?
Siapa tu?
Menerusi dakwaan di Forum CARI yang dikongsikan semula di TikTok, seorang individu mendakwa suami kepada seorang pelakon jelita terbabit dikhabarkan telah menjalinkan hubungan sulit dengan perunding imej (hijab stylist) isterinya itu.
Alahai kasihannya dekat bini dia tu. Stylist tu pun kawan baik katanya.
Individu itu turut mendakwa hubungan tersebut dipercayai terjalin sejak Februari lalu. Walau bagaimanapun, individu terbabit tidak memetik nama mana-mana individu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mula membuat andaian dan spekulasi sendiri sehingga ada yang memetik nama beberapa artis terkenal tanah air.
Kalau dia curang memang rugi, isteri dia lawa kot.
Kalau forum CARI ni biasanya cerita betul.
Dugaan berumah tangga, pandai-pandai lah cari penyelesaian sendiri. Kalau berjaya mengatasi, selamat lah rumah tangga kita.
Macam boleh agak je siapa.