Pelakon suara anime popular Jepun, Doraemon iaitu Nobuyo Oyama dilaporkan meninggal dunia pada usia 90 tahun.
Meninggal dunia pada usia 90 tahun
Agensi yang mewakili Oyama memaklumkan anak seni itu menghembuskan nafas terakhirnya pada 29 September di sebuah hospital di Tokyo. Punca kematian mendiang adalah atas faktor semula jadi.
Menurut sumber, selain berjuang melawan kanser kolorektal dan strok, Oyama juga mengalami masalah demensia.
Sekadar info, Oyama yang dilahirkan pada 16 Oktober 1933 memulakan kerjaya sebagai pelakon suara selepas menamatkan pengajian di sekolah lakonan Haiyuza.