Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPelakon Terkenal, Lee Je Hoon Bakal Temui Peminat Di Malaysia September Ini...

    Pelakon Terkenal, Lee Je Hoon Bakal Temui Peminat Di Malaysia September Ini Menerusi JEHOON’s Favorite 2024 Asia Tour

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


     

    Berita baik buat peminat K-Drama! Buat julung kalinya, pelakon terkenal dari Korea Selatan iaitu Lee Je-hoon bakal menemui para peminat di Malaysia menerusi JEHOON’s Favorite 2024 Asia Tour.

    Lee Je-hoon di Kuala Lumpur

    JEHOON’s Favorite 2024 Asia Tour bakal berlangsung pada 21 September 2024 di Dewan Plenary KLCC dan sesi beramah mesra bersama peminat ini akan bermula jam 5 petang.

    Acara yang gilang-gemilang ini turut menampilkan pelakon, penyanyi dan personaliti media sosial iaitu Sabrina Azhar (@jpbrinx) sebagai pengacara.

    Kefasihan Sabrina berbahasa Korea dan bakat yang ada pada dirinya membuatkan gadis kecil molek ini layak diangkat menjadi pengacara di JEHOON’s Favorite 2024 Asia Tour.

    Agensi yang mewakili pelakon berusia 40 tahun itu, UJIN Entertainment meluahkan rasa teruja kerana Lee Je-hoon bukan sahaja akan bertemu para peminat di Malaysia malah turut berkunjung ke beberapa negara Asia seperti Bangkok, Taipei, Tokyo, dan Osaka.

    Sedikit info, Lee Je-hoon yang dilahirkan pada 4 Julai 1984 di Seoul, Korea Selatan merupakan graduan Bioteknologi di Universiti Korea sebelum beralih kepada bidang Filem dan Teater di Universiti Seni Kebangsaan Korea.

    Lee Je-hoon mula menceburi bidang lakonan pada tahun 2011 dan sejak daripada itu, bakatnya mula dihidu oleh pengarah dan penerbit sehingga dia berjaya memegang watak seorang profiler menerusi drama ‘Signal’.

    Karya-karya terkenal Lee Je-hoon yang lain termasuk Tomorrow With You, Where Stars Land, Taxi Driver dan banyak lagi! Filem terbaru Lee Je-hoon bertajuk Escape telah ditayangkan pada Julai 2024.

    Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan pelakon kesayangan korang!

    Para peminat yang masih belum berkesempatan untuk membeli tiket, boleh dapatkan sekarang DI SINI

    ALSO READ:  [VIDEO] Bella Astillah Teruja Dapat Motor Skuter Elektrik, Nombor Plat BELL4!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts