Pelakon veteran, Kamal Bakar, 62, dilaporkan meninggal dunia pada jam 1 pagi Selasa.
Salam takziah
Berita pemergian arwah dimaklumkan sendiri oleh anak sulungnya, aktor Hanis Kamal, 35, menerusi kiriman mesej ringkas di aplikasi Whatsapp.
Assalamualaikum semua, ayah sudah meninggal dunia. Jam 1 pagi tadi (Selasa).
Sementara itu, Hanis turut memaklumkan mengenai berita duka itu menerusi hantaran di Facebook miliknya.
Terdahulu, arwah Kamal yang sudah dua minggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka akibat kanser paru-paru tahap empat dilaporkan dalam keadaan nazak.
Menurut Hanis, ayahnya sekali lagi dijangkiti kuman pada paru-paru dan dimaklumkan oleh doktor supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Sekadar info, arwah memulakan kerjaya sebagai pelakon sejak era 70-an dengan membintangi pelbagai drama dan filem, antaranya Andai Itu Takdirnya, Orang Minyak, Suami Aku Ustaz, Pendekar, Ratu Teh Pin dan banyak lagi.