Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPelawak Tiba Di Mahkamah Sepang Dengan Kenderaan Polis Bagi Pertuduhan Miliki Ganja

    Pelawak Tiba Di Mahkamah Sepang Dengan Kenderaan Polis Bagi Pertuduhan Miliki Ganja

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelawak dan pelakon yang disyaki memiliki dadah jenis ganja tiba di Mahkamah Sesyen dan Majistret Sepang bagi menghadapi pertuduhan memiliki kes dadah.

    Tiba di mahkamah

    Selebriti berusia 41 tahun itu tiba di perkarangan mahkamah pada jam 9.10 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

    Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang iaitu Asisten Komisioner Norhizam Bahaman memaklumkan pihaknya mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa selebriti berkenaan selepas kertas pertuduhan dirujuk pada Khamis.

    Tambah Norhizam, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

    Terdahulu, bekas peserta rancangan realiti televisyen swasta itu ditahan oleh sepasukan anggota polis bersama dua paket lutsinar disyaki ganja pada Sabtu.

    Siasatan polis menemui dua peket lutsinar yang setiap satunya mengandungi leraian disyaki daun ganja anggaran berat keseluruhan 60.3 gram.

    Hasil ujian air kencing yang dibuat juga menunjukkan suspek positif dadah tetrahydrocannabinol (THC).

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts