Pelakon Shah Iskandar, memberitahu dia sedar terdapat beberapa orang rakan artis tidak lagi mengikuti akaun media sosial miliknya.
Tak follow aku
Menurut Shah, dia berasa pelik dan tidak tahu mengapa ramai rakan pelakon tidak mengikutinya di media sosial sedangkan mereka pernah bekerjasama sebelum ini.
Pelik ada ramai kawan pelakon yang dah tak follow saya. Oh well.
Pada masa yang sama, Shah juga sedar bahawa dia mengikuti (follow) ramai orang yang tidak kenali di media sosial. Pendedahan tersebut dibuat oleh Shah menerusi Instagram Story miliknya.
Pelik lah, apesal aku baru sedar yang aku banyak follow orang aku tak kenal eh? Dari tahun 2014 kesemuanya.