Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai tindakan seorang pemandu bas sekolah yang merakam video murid perempuan ketika berada di dalam kenderan tersebut.
‘kelakuan tersebut tidak boleh diterima’
Foto: The Sun
Meskipun konten-konten seperti itu sudah lama dikongsikan oleh individu tersebut di TikTok namun baru-baru ini, seorang pengguna X meluahkan kebimbangannya susulan kapsyen yang ditinggalkan oleh pemandu bas terbabit.
Pemandu bas tersebut yang menulis kapsyen ‘hari ini crush kita buat homework‘ yang secara jelas ditujukan kepada salah seorang murid sekolah rendah adalah satu perkara yang tidak wajar dan tidak bersesuaian dilakukan.
Susulan daripada itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis terhadap pemandu bas sekolah berkenaan.
Kami bersedia bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Negeri Johor bagi membantu siasatan.
kelakuan tersebut tidak boleh diterima dan tidak seharusnya dinormalisasikan.
Menurut Nancy, tindakan merakam foto atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa melanggar hak serta privasi mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Hasil tinjauan , akaun TikTok pemandu bas berkenaan mempunyai lebih daripada 600,000 pengikut.
Kebanyakam konten pemuda berkenaan adalah rakaman video di mana dia sedang memandu bas sambil memaparkan wajah murid-murid sekolah dengan jelas.