Sekadar gambar hiasan
Pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita popular yang ditahan polis baru-baru ini mendakwa telah dicederakan serta diugut oleh majikannya itu.
Dakwa dicederakan, diugut
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Sinar Harian, wanita berkenaan mendakwa kejadian itu berlaku gara-gara dia dituduh mencampuri urusan rumah tangga pelakon tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 28 tahun.
Kejadian berlaku di pejabat majikannya itu di Batu Caves (14 Ogos) dipercayai berpunca kerana mangsa telah mencampuri urusan rumah tangga majikannya.
Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dicederakan serta diugut menggunakan senjata oleh majikan yang berumur 32 tahun dan sepupu majikannya berumur 30 tahun itu.
Difahamkan, mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lengan telah mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Selayang.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.