Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPemetik Api Tun Dr. Ismail Ada Logo APPLE? Netizen Hairan,- “Time Travel...

    Pemetik Api Tun Dr. Ismail Ada Logo APPLE? Netizen Hairan,- “Time Travel Is Real”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Memorial Negarawan Tun Dr. Ismail yang terletak di Jalan Dato’ Onn, berhadapan dengan Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia telah menempatkan sejarah lengkap mengenai beliau dari awal pembabitannya dalam politik sehingga kepada hari-hari terakhirnya berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia kedua.

    Tun Dr. Ismail

    Selain itu, terdapat satu sisi penting negarawan ini berkaitan dengan hobi beliau yang gemar bermain sukan golf dan juga beberapa sukan lain seperti ragbi, berenang badminton, tinju dan bola sepak. Malah di sini turut dipaparkan koleksi kayu golf kepunyaan Allahyarham serta kaca mata, paip, kotak tembakau dan pemetik api kepunyaannya.

    Pemetik api Tun Dr. Ismail mempunyai logo Apple. Bagaimana Ia Berlaku?

    Apa yang menarik perhatian pengunjung adalah pemetik api tersebut di ukir dengan logo seolah-olah jenama terkemuka Apple. Seorang pengguna twitter dengan akaun @senalkaff berkongsi foto pemetik api itu dan mempersoalkan bagaimana jenama itu boleh wujud ketika Tun Dr. Ismail  masih hidup.

    VIA Twitter

    “Tun Dr. Ismail meninggal dunia pada tahun 1973. Apple diasaskan pada tahun 1976. Pemetik api Tun Dr. Ismail mempunyai logo Apple. Bagaimana ia berlaku?”

    Perkongsian yang telah mendapat lebh dari 500 ribu tontonan ini mendapat reaksi pelbagai dari warga twitter. Ada yang mensyaki pemetik api tersebut telah ditukar dalam beberapa tahun yang lalu dan ia hanya sekadar contoh bukannya pemetik api yang sebenar.

    “Pemetik api sebenar mungkin telah ditukarkan beberapa dekad yang lalu…pesalahnya menggantikannya dengan yang serupa dari petaling street…haha mungkin lah”- tulis salah seorang netizen.

    Agak melucukan, ada yang mendakwa  Tun Dr. Ismail seorang pengembara masa (time Traveller).

    VIA Twitter

    Tak kurang juga yang membuktikan bahawa ia benar-benar pemetik api pada era 70an yang ramai tidak tahu. Pengguna twitter dengan akaun @aburaif_ menulis, hasil cariannya di google, pemetik api itu sebenarnya wujud tapi dengan jenama Zippo. Pada zaman tersebut, terdapat pemetik api Zippo yang dikeluarkan secara eksklusif dengan logo yang menyerupai jenama Apple.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Rahsia Kami Akhirnya Terbongkar!’ – Intan Najuwa Dedah Kini Berbadan Dua
    VIA Twitter

    Macam-macam andaian yang dikongsikan oleh warga twitter. Jadi, apa pendapat anda?




    Credit: Viral – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts