Selain Datuk A.Aida, penerbit dan pengarah Dr Ahmad Idham juga tidak akan bekerjasama dengan pelakon yang bermasalah.
Golongan ini akan jejaskan produksi
Menurut Ahmad Idham, sebelum memulakan penggambaran, dia akan memastikan artis itu tidak akan mendatangkan masalah.
Saya sudah praktikkan sejak di era sebelum kewujudan media sosial lagi. Sebelum apa-apa terjadi, saya akan pastikan mengambil artis yang takkan mendatangkan masalah.
Golongan ini memang akan menjejaskan produksi. Ia akan membawa kesusahan di mana produksi menanggung rugi dan terpaksa keluarkan kos tambahan. Itu belum lagi jika stesen TV tolak projek itu.
Berkongsi pengalaman sebelum ini, Ahmad Idham berkata, dia pernah berdepan dengan artis yang mempunyai kes mahkamah, bercerai, tak boleh bangun pagi dan mengambil dadah ketika penggambaran.
Dulu nasib baik media sosial tak ada, berita itu kadang-kadang lambat. Kami sempat ‘cover’ dan buat ‘damage control’, sempat tukar artis sebelum ia jadi kecoh.
Kadang-kadang perkara sebegitu mendatangkan kesan ke peringkat stesen TV. Stesen akan tarik balik projek itu kalau tak boleh disempurnakan.
Tapi hari ini dalam dunia media sosial, saya lihat sudut positifnya. Kalau memang bermasalah, nampaklah. Saya tak rasa penerbit lain pun akan ambil artis bermasalah.