Penyanyi terkenal negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
Tiket Habis Dijual Dalam Masa 2 Jam
Baru-baru ini, Tokti menguar-uarkan akan mengadakan konsertnya pada tahun hadapan. Berita gembira itu diberitahu oleh Tokti sendiri pada hantaran di laman media sosial intagram miliknya.
“Sebuah Epitome. Saya Siti Nurhaliza”-tulisnya
“Konsert sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza akan diadakan pada 9 Mac 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil”-tambahnya
Ramai peminat teruja dengan pengumuman konsert yang akan diadakan oleh idola mereka itu. Namun pada hari pembelian tiket, ramai peminat yang kecewa kerana tiket konsert Tokti telah habis dijual selama 2 jam. Malah ada yang menunggu dari pukul 2 sehingga pukul 5 untuk pembelian tiket namun tidak mendapatkannya.