Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPeminat Menuntut Zaki Yamani Sebagai Pengganti Jamal Abdillah di #AJL38, Tuan Badan...

    Peminat Menuntut Zaki Yamani Sebagai Pengganti Jamal Abdillah di #AJL38, Tuan Badan Beri Jawapan – ‘Saya Hanya Baik-baik Saja’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Zaki YamaniZaki Yamani

    Keputusan penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah yang menarik diri daripada bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38) menerusi lagu Kucuma duet bersama, Wany Hasrita telah mengejutkan ramai pihak.

    ‘Saya okay je’

    Zaki YamaniZaki Yamani

    Susulan itu, syarikat rakaman lagu tersebut iaitu FMC Music memaklumkan penyanyi berusia 65 tahun itu bakal digantikan dengan penyanyi muda iaitu Afieq Shazwan setelah mendapat persetujuan dengan pencipta lagu, Ezra Kong.

    Keputusan tersebut menuai pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya yang mana terdapat segelintir menyokong dan juga sebaliknya.

    Pun begitu, ada juga segelintir netizen yang mahukan anak kepada Jamal iaitu Zaki Yamani untuk menggantikan tempat bapanya.

    Sedar mengenai usikan tersebut, Zaki yang juga juara program Famili Duo musim kedua secara berseloroh menjawab ‘saya okay je’.

    Zaki berkongsi mengenai perkara itu selepas dia mengulang siar atau ‘repost’ satu hantaran di Instagram Story.

    Terdahulu, Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Haji Mohd Ali mengumumkan penarikan dirinya daripada bertandingan di pentas akhir AJL 38.

    Menurut pelantun lagu ‘Penghujung Rindu’ itu, dia terpaksa menarik diri kerana sudah terikat dengan komitmen kerja lain yang sudah dipersetujui terlebih awal.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts