Hari ini, industri dikejutkan dengan satu khabar mengejutkan mengenai perkahwinan pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura selepas aktres ini disahkan menfailkan perceraian terhadap suaminya itu.
Kongsi Foto Hitam Putih
Fazura turut dilihat berkongsi foto dirinya berwarna hitam dan putih berserta quotes seolah-olah memberikan hint bahawa ibu kepada seorang cahaya mata ini redha dengan apa yang berlaku.
“It’s your road and yours alone, others may walk it with you, but no one can walk it for you 🕊️ ~ Rumi.”-kapsyen Fazura di Instagram
View this post on Instagram
“Fazura Yang Saya Kenal, Orangnya Kuat Semangat…”
Perkongsian Fazura dibanjiri dengan komen peminat serta rakan selebriti yang memberikan sokongan serta kata-kata semangat agar terus kuat menghadapi ujian.
“Hugs and kisses for you kak Faz.”-Riena Diana
“Love you kakakk.”-Adira Suhaimi
“Semoga yang terbaik untuk you dan keluarga.”
“Fazura yang saya kenal, orangnya kuat semangat.”
“Sad, but know that our doa will be with you.”
“Moga yang baik-baik sahaja untuk Kak Faz.”
“Kak Faz strong! May Allah ease everything.”
“Moga Faz tabah hadapi dugaan ini.”
“Doa sahaja yang baik-baik buat mereka bertiga. Tak perlu kita nak bersangka-sangka itu ini pasal rumah tangga orang.”
Sekadar info, Fazura dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Apa komen anda?